Kosmo Online - Dunia |
- Penduduk diminta jangan dekati tahi bintang
- Asteroid gergasi dekati bumi
- Pistorius menangis di mahkamah
Penduduk diminta jangan dekati tahi bintang Posted: Penduduk diminta jangan dekati tahi bintangAWAN kelihatan di laluan tahi bintang itu. MOSCOW - Pihak berkuasa Rusia semalam meminta para penduduk supaya jangan mendekati sebarang objek yang dipercayai serpihan tahi bintang. Tahi bintang itu jatuh ke dalam sebuah tasik dekat Chebakul, wilayah Chelyabinsk Oblast semalam. "Kementerian Kecemasan Rusia memberi amaran kepada penduduk di kawasan pergunungan Ural supaya tidak mendekati objek yang tidak dikenali," kata kementerian berkenaan di laman webnya. SEBUAH bangunan runtuh akibat letupan kuat tahi bintang tersebut. Akademi Sains Rusia menganggarkan tahi bintang itu bergerak selaju 54,000 kilometer sejam. Tahi bintang itu menyebabkan 1,000 orang mengalami kecederaan akibat terkena serpihan kaca tingkap bangunan akibat letupan semasa ia jatuh ke dalam tasik itu. Pihak akademi menyatakan, ia menghantar beberapa kakitangannya ke lokasi tempat tahi bintang itu jatuh. - Agensi | ||
Posted: Asteroid gergasi dekati bumiLAKARAN artis menunjukkan asteroid 2012 DA14 berada dekat bumi. CAPE CANAVERAL, Florida - Sebuah asteroid gergasi sebesar 45 meter mendekati bumi semalam pada kedudukan 17,600 kilometer. Para saintis Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa lepas Kebangsaan (NASA) milik Amerika Syarikat menyatakan, asteroid sebesar separuh padang bola sepak itu akan mendekati bumi setiap 40 tahun. Asteroid itu dikenali dengan nama 2012 DA14. Bagaimanapun, ia terlalu kecil untuk dilihat dengan mata kasar manusia. Ia berada dekat Lautan Hindi dan Sumatera, Indonesia semasa berada pada kedudukan dekat bumi. - Agensi | ||
Pistorius menangis di mahkamah Posted: Pistorius menangis di mahkamah
PRETORIA - Atlet terkenal Afrika Selatan yang memakai dua kaki palsu, Oscar Pistorius menangis semalam di sebuah mahkamah di sini selepas dia didakwa menembak mati kekasihnya, Reeva Steenkamp yang juga seorang model di rumahnya. Pistorius yang pernah bertanding pada Sukan Olimpik pada acara 400 meter dan Paralimpik di London berdiri dengan menundukkan kepala di depan Majistret Desmond Nair untuk mendengar dakwaan yang dikenakan terhadapnya. Dia yang berusia 26 tahun kemudian menangis dan menekup kedua-dua tangannya ke mukanya. "Tenang. Datang dan duduk di kerusi," kata Nair kepadanya.
Kesnya itu menggemparkan Afrika Selatan kerana dia dianggap sebagai wira negara. Pistorius didakwa menembak mati kekasihnya itu yang merupakan graduan undang-undang kelmarin. Dia tidak membuat sebarang pengakuan ketika tampil dengan memakai sut lengkap di mahkamah tersebut. Keluarganya mengeluarkan kenyataan menerusi seorang ejen yang berpangkalan di London. "Dia (Pistorius) jelas menyatakan mahu menyampaikan simpatinya yang mendalam terhadap keluarga Steenkamp," kata kenyataan berkenaan. Steenkamp ditemui mati ditembak di rumah Pistorius yang terletak di dalam sebuah kawasan perumahan yang dikawal dengan ketat oleh para pengawal. Menurut akhbar berbahasa Afrika, Beeld, dia ditembak empat kali iaitu di kepala, dada dan pelvis. "Pengawal keselamatan menemui Pistorius pada mayat Steenkamp di dalam bilik mandi," kata akhbar berkenaan di laman webnya. "Pintu bilik itu mengandungi lubang peluru," lapor akhbar tersebut. PISTORIUS menggunakan kaki palsu khas Peguam Pistorius, Kenny Oldwage berkata, anak guamnya mengalami trauma. Atlet itu yang terkenal dengan panggilan pelari bilah kerana memakai kaki palsu tidak meminta diikat jamin. Kesnya ditangguhkan sehingga 19 Februari depan. Kedua-dua kakinya dipotong dari paras lutut semasa kecil kerana tidak mempunyai tulang kaki semasa dilahirkan. Sebelum ini dia dilarang bertanding pada Sukan Olimpik di Beijing oleh Persekutuan Persatuan Atlet Antarabangsa kerana menganggap kaki palsunya memberi kelebihan kepadanya berbanding peserta lain. Bagaimanapun, keputusan itu dibatalkan oleh Mahkamah Timbang Tara Sukan. Dia pernah menang pingat emas acara 400m pada sukan Paralimpik. Pelari itu turut berjaya memasuki separuh akhir acara itu di Sukan Olimpik London. - Agensi |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan