Rabu, 13 Februari 2013

Kosmo Online - Dunia

Kosmo Online - Dunia


Bekas komando AS dedah cara dia bunuh Osama

Posted:

Bekas komando AS dedah cara dia bunuh Osama

Bekas komando AS dedah cara dia bunuh Osama

AP
BEBERAPA orang berbual di depan rumah yang menjadi tempat persembunyian Osama di Abbottabad pada 5 Mei 2011.


WASHINGTON - Seorang bekas anggota komando SEAL Amerika Syarikat (AS) kelmarin mendedahkan buat kali pertama cara dia membunuh bekas ketua rangkaian Al-Qaeda, Osama bin Laden.

Dia mendedahkan cerita itu menerusi satu temu bual yang disiarkan agensi berita AFP bahawa tiga das tembakan dilepaskan ke arah Osama di rumah persembunyiannya di Abbottabad, Pakistan pada Mei 2011 selepas sekumpulan komando AS membuat serbuan.

Bagaimanapun, dia kini berhadapan masalah kewangan kerana tidak lagi bekerja.

Dia merahsiakan identitinya semasa ditemu bual oleh pemberita majalah Esquire.

Namun, buat pertama kalinya dia mendedahkan peranan yang dilakukannya dalam satu serbuan di rumah persembunyian Osama.

Bekas anggota komando tersebut mendedahkan kebimbangan terhadap keselamatan ahli keluarganya.

"Dia (Osama) kelihatan keliru. Tubuhnya lebih tinggi berbanding jangkaan saya," katanya tentang Osama.

Pasukan komando itu melakukan serang hendap ke atas Osama di tingkat tiga rumah tersebut.

Ketua Al-Qaeda tersebut meletakkan tangannya di bahu isteri termudanya ketika itu.

Osama menolak badan isterinya itu ke depan dan terdapat selaras senjata AK-47 berdekatannya.

"Saya tidak tahu sama ada isterinya mendapatkan jaket dan dia kemudian ditolak untuk mati syahid. Dia (Osama) mendapatkan senjata dekat dengannya. Dia (Osama) merupakan satu ancaman.

"Saya perlu melepaskan tembakan tepat ke kepala Osama agar dia tidak berpeluang untuk meletupkan dirinya," kata bekas komando tersebut.

"Saya menembaknya, dua kali di dahi. Bap! Bap! Dia terjatuh di atas lantai di depan katilnya dan saya menembaknya sekali lagi.

"Bap! tempat yang sama," katanya.

"Dia mati. Tidak lagi bergerak. Lidahnya terkeluar," tambahnya.

Menurut artikel majalah itu, pembunuhan ke atas Osama mengambil masa selama 15 saat.

Menjelang musim panas pada tahun lalu, selepas bersara daripada tentera, dia menjadi gementar tentang kemungkinan serangan balas terhadap keluarganya.

Bekas anggota komando itu kini menjadi orang awam.

Disebabkan bersara daripada perkhidmatan ketenteraan selepas 16 tahun berkhidmat, dia tidak layak untuk mendapatkan pencen.

Pencen hanya diberikan kepada bekas anggota tentera yang telah berkhidmat sekurang-kurangnya 20 tahun.

"Dia memberikan banyak khidmat kepada negaranya. Kini dia kelihatan hilang di dalam debu," kata isterinya.

"Saya berasa tiada sokongan, bukan sahaja untuk keluarga saya tetapi untuk keluarga lain di dalam komuniti.

"Secara jujurnya, saya tidak mempunyai tempat untuk mengadu," tambahnya lagi.

Jenazah Osama kemudian dikebumikan di laut oleh tentera AS selepas dia mati.

Osama mati ditembak dalam operasi tentera AS ketika negara itu berada di bawah kepimpinan Presiden Barack Obama. - Agensi

Al-Qaeda rancang serangan ke atas pejabat konsul AS di Chiangmai

Posted:

Al-Qaeda rancang serangan ke atas pejabat konsul AS di Chiangmai

Al-Qaeda rancang serangan ke atas pejabat konsul AS di Chiangmai

BANGKOK - Pihak berkuasa Thai diletak dalam keadaan berjaga-jaga berikutan rancangan Al-Qaeda untuk menyerang pejabat Konsul Amerika Syarikat (AS) di Chiangmai bulan ini, demikian didedahkan kerajaan Thailand semalam.

Timbalan Perdana Menteri, Charlem Yubamrung berkata, pihak berkuasa Thai dimaklumkan oleh sumber setempat "sejak dulu lagi" bahawa dua kumpulan pengganas iaitu Al-Qaeda dan sekutu rapatnya Salafist Group, sebuah kumpulan pengganas berpusat di Algeria, merancang serangan itu.

Beliau berkata, pihak berkuasa diletak dalam keadaan berjaga-jaga sejak "beberapa hari lepas".

"Saya telah menugaskan pihak berkuasa menguruskan perkara itu dan mengarahkan mereka mengambil tindakan perlu untuk menggagalkan serangan," katanya kepada pemberita hari ini.

Ditanya mengenai kesahihan sumber itu, beliau berkata: "Biar pun ia tidak sahih, kita mesti berwaspada dan berjaga-jaga," tambahnya.

Charlem enggan mendedahkan motif, tarikh dan cara serangan itu akan dilakukan memandangkan ia melibatkan maklumat sulit.

Beliau juga enggan menjawab soalan sama ada serangan yang dirancang itu mempunyai kaitan dengan Eksesais "Cobra Gold" ke-32, iaitu latihan ketenteraan pelbagai negara yang sedang berlangsung di Chiangmai.

Eksesais itu dikelolakan oleh Thailand dan AS sejak 1980 dan bermula sebagai eksesais ketenteraan dua hala Amerika-Thai.

Ia diperluaskan lebih sedekad lepas dengan penyertaan negara lain seperti Jepun, Korea Selatan, Indonesia, Malaysia dan Singapura untuk meningkatkan matlamat bersama dan komitmen keselamatan mereka di rantau Asia Pasifik.

Angkatan tentera dari 20 negara lain turut menghantar pemerhati ke eksesais itu yang bermula semalam dan berakhir pada 21 Februari ini.

Kemuncak eksesais itu termasuk demonstrasi serangan darat dan air melibatkan jet pejuang, helikopter, pesawat pendarat dan bot kecil, operasi pemindahan bukan penempur pelbagai hala, gabungan eksesais tembakan senjata termasuk latihan peperangan hutan, kimia, biologi, radiologi serta nuklear. - Bernama

Korea Utara buat ujian nuklear

Posted:

Korea Utara buat ujian nuklear

Korea Utara buat ujian nuklear


REUTERS
TANGAN Pengarah Bahagian Pemantau Tsunami dan Gempa Bumi Agensi Meteorologi Jepun, Akira Nagai memegang alat petunjuk pada tanda X yang merupakan lokasi Korea Utara melakukan ujian nuklear pada satu sidang akhbar di Tokyo semalam.


WASHINGTON - Beberapa pegawai perisikan Amerika Syarikat (AS) menyatakan satu ujian nuklear yang dilakukan Korea Utara mungkin sekuat beberapa kilotan.

Pejabat Pengarah Perisikan Kebangsaan AS menyatakan dalam satu kenyataan semalam bahawa Korea Utara mungkin melaksanakan ujian nuklear bawah tanah di pekarangan P'unggye.

Menurut kenyataan itu, analisis ujian tersebut masih dilakukan.

Kementerian Pertahanan Korea Selatan menyatakan, ia mengesan letupan nuklear itu dianggarkan sekuat enam hingga tujuh kilotan.

Presiden AS, Barack Obama menganggap tindakan Korea Utara itu merupakan satu provokasi yang kuat.

Obama berkata, ia mengancam keselamatan AS dan keamanan antarabangsa.

Sementara itu, China memanggil seorang duta Korea Utara untuk menyuarakan bantahannya terhadap ujian itu.

Menurut Beijing, Pyongyang meneruskan ujian itu walaupun ia mendapat bantahan meluas daripada masyarakat antarabangsa.

Beberapa agensi yang mengesan gegaran gempa bumi di rantau Asia Timur mendapati terdapat gegaran sekuat 4.9 dan 5.1 pada skala Richter pada pukul 11.57 pagi waktu tempatan.

Pusat gegaran itu dikesan di lokasi ujian nuklear tersebut.

Pentadbiran Gempa Bumi China menyatakan ia mengesyaki berlaku satu letupan.

Agensi gempa bumi di Korea Selatan dan Jepun merumuskan gegaran tersebut kemungkinan disebabkan ujian nuklear.

Agensi Kajian Geologi AS memberitahu, kedalaman pusat gegaran itu hanya satu kilometer. - Agensi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan