Berita Harian: Dunia |
Pemisah selatan Thai masuk perangkap Posted: 13 Feb 2013 08:33 AM PST Narathiwat: Askar Thailand membunuh 16 pemisah yang cuba melakukan serangan terhadap sebuah kem di selatan negara itu, semalam. Seramai 50 pemisah berpakaian tentera menyerang markas di daerah Bacho, di sini, sejurus selepas tengah malam, kata Ketua Petugas Khas Tentera Wilayah, Kapten Somkiat Ponprayun.
Mengikut kenyataan jurucakap tentera wilayah, Kolonel Pramote Promin, awalnya angka kematian pemisah dilaporkan 19 orang. Penduduk beri maklumat Somkiat berkata, tiada askar yang maut dalam kejadian itu. Beliau berkata, pihaknya mendapat maklumat daripada penduduk tempatan yang memberi amaran mengenai serangan itu. Ia kematian tertinggi dialami pemisah Islam sejak 100 maut ketika pertempuran dalam masa sehari, hampir satu dekad lalu.
Penduduk Islam di selatan, wilayah diduduki majoriti penduduk beragama Islam di negara Buddha itu, sudah lama mengadu mengenai diskriminasi ke atas mereka oleh Kerajaan Pusat di Bangkok dengan pemisah dianggap berjuang untuk mendapatkan autonomi. Tetapi mereka tidak pernah membuat pengumuman mengenai matlamat mereka. Angka kematian itu yang tertinggi sejak serangan dilancarkan serentak ke atas stesen polis dan pusat pemeriksaan di tiga wilayah pada April 2004, mencetuskan pertempuran yang mengorbankan lebih 100 militan, 32 di masjid Kreu-Sae di Pattani yang menjadi tempat berkubu. Sedia hadapi serangan Pengendali kem berkenaan, Komander Thammanoon Wanna, berkata tentera sudah bersedia menghadapi serangan selepas pihak berkuasa menemui lakaran yang menunjukkan pelan itu pada pemisah yang ditembak mati baru-baru ini.
|
Posted: 13 Feb 2013 08:32 AM PST Baku: Parti prokerajaan di Azerbaijan menawarkan ganjaran kepada sesiapa yang dapat memotong telinga seorang penulis terkenal, Akram Aylisli, 76, yang dikatakan menghina negara itu dengan paparan persahabatan dan keganasan antara penduduk negara itu dan Armenia. Azerbaijan dan Armenia tidak mempunyai hubungan diplomatik sejak perang membabitkan wilayah rebutan, Nagorno-Karabakh, pada awal 1990-an, selepas Soviet Union musnah, yang membunuh 30,000 orang.
Hasil kerja yang disiarkan di majalah Russia, sebahagiannya menceritakan kisah penduduk negara itu cuba melindungi jiran Armenia mereka ketika penduduk Armenia diseksa dan dipukul di Baku pada tahun 1990. Dengan hampir sejuta penduduk wilayah Nagorno-Karabakh yang kehilangan tempat tinggal menetap di Azerbaijan dan kedua-dua negara berdepan kesan ekonomi dan sosial akibat perang, topik hubungan etnik memang tidak wajar disentuh. Pemimpin parti prokerjaan, Muasir Musavat, kelmarin berkata parti menawarkan 10,000 manat, hampir AS$13,000 (RM39,000) bagi sesiapa yang memotong telinga Aylisli. "Aylisli menghina seluruh bangsa Azeri. Oleh kerana beliau menghina kami, kami mahu bertindak balas dan itu yang kami putuskan. Telinganya mesti dipotong," kata Hafiz Haciyev di pejabat partinya di Baku.
Malah sebelum ancaman Haciyev, pegawai Parti Yeni Azerbaijan yang memerintah negara itu juga mendesak Aylisli menarik balik novel berkenaan daripada pasaran dan meminta maaf kepada penduduk. Bantahan juga dibuat di luar rumahnya di Baku. REUTERS |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan