Harian Metro: Global |
Posted: Kabul: Seorang wanita Afghanistan yang dipenjarakan kerana berzina selepas dirogol suami sepupunya kini dipaksa berkahwin dengan lelaki terbabit untuk memulihkan maruah keluarga dan mengelak dipinggir masyarakat. Gulnaz, 22, berkahwin dengan perogolnya minggu lalu di Kabul selepas dipenjara 13 bulan. Kisah menyayat hati itu menunjukkan nasib dihadapi beribu-ribu wanita Afghanistan tanpa bantuan undang-undang. Gulnaz didapati bersalah kerana "berzina secara paksaan" ekoran serangan kejam pada 2008 yang menyebabkan dia hamil. GULNAZ bersama anak perempuannya, Badam Bagh.
Walaupun bebas dari penjara, Gulnaz hidup terpinggir dan miskin kerana semua golongan ibu tanpa suami di Afghanistan dihindari masyarakat dan keluarga sendiri. Dia disarankan menerima syarat perjanjian dan menemui keluarga perogol itu untuk berunding. Ketika tinggal di penjara, dia dilaporkan menggunakan jarum untuk mentatu nama perogol itu di tangannya sebagai tanda cinta. Perkahwinan mereka disahkan mahkamah keluarga di Kabul Sabtu lalu, tetapi kebanyakan terbabit dalam kes itu bimbang Gulnaz menjalani kehidupan sebagai hamba kerana menjadi isteri kedua lelaki itu. Malah, terdapat kebimbangan bahawa dia mungkin dibunuh untuk memulihkan maruah keluarga perogol itu. Heather Barr dari Pemerhati Hak Asasi Kemanusiaan Afghanistan berkata: "Saya rasa dia tidak memikirkan mengenai dirinya, tetapi lebih kepada anak perempuannya dan diskriminasi yang perlu dihadapinya. "Tetapi sukar membayangkan kehidupan menanti mereka adalah indah" "Gulnaz telah sah menjadi isteri kedua kepada lelaki yang merogolnya. "Sedihnya terdapat berpuluh-puluh lagi kes seumpamanya dan kerajaan gagal mengambil tindakan serius untuk menanganinya." - Daily Mail Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/07 |
Tsunami 0.9 meter ragut 5 nyawa Posted: Kepulauan Solomon: Satu gempa bumi kuat berukuran 8.0 magnitud yang menyebabkan tsunami, meragut sekurang-kurangnya lima nyawa di kawasan terpencil Kepulauan Solomon semalam. Gempa itu berpusat 340 kilometer ke timur Kira Kira dekat Solomon, kata Pusat Amaran Tsunami Pasifik di Hawaii.
Dia juga berkata, ada kemungkinan angka korban meningkat berikutan tsunami itu. - Reuters Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/07 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Global To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan