Harian Metro: Global |
Tak tahu otak bayi disimpan 13 tahun Posted: Seorang ibu menyuarakan rasa kesal dan sedihnya ketika menceritakan bagaimana anggota polis tiba-tiba muncul di rumahnya untuk memaklumkan bahawa mereka menyimpan otak anaknya sejak 13 tahun lalu. Hannah Cheevers, 34, berkata, dua pegawai polis mengetuk pintu rumahnya secara tiba-tiba untuk memberitahu otak Rhys, bayinya yang mati akibat serangan sakit jantung, masih disimpan di Hospital Southampton.
Hannah memberitahu program Today radio 4 BBC: "Kami mengadakan upacara pengebumian dan meneruskan kehidupan seperti biasa dan 13 tahun kemudian kami diberitahu bahawa otak Rhys disimpan di hospital Southampton." Hannah yang tinggal di Wimbourne, Dorset berkata, dia terkejut dan 'tidak tahu bagaimana untuk berdepan dengan hakikat itu.' "Kami sangkakan dia sudah dikebumikan bersama otaknya. Kami tidak tahu-menahu mereka menyimpan otak Rhys," katanya. Polis memberitahunya otak Rhys disimpan di setor hospital tanpa disentuh, tetapi tidak dapat menyatakan sebabnya.
Tahun lalu badan audit nasional mendapati pasukan polis menyimpan hampir 500 bahagian tubuh yang bertarikh sehingga 50 tahun lalu. Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/23 |
Blade Runner dibenar diikat jamin RM339,000 Posted: Pretoria: Oscar Pistorius atau Blade Runner semalam dibenar ikat jamin, membolehkannya dibebaskan daripada tahanan sementara menanti dibicarakan dalam kes membunuh teman wanitanya, Reeva Steenkamp. Anggota keluarga bintang paralimpik itu dan peminatnya menjerit 'Ya!' sebaik Ketua Majistret, Desmon Nair mengumumkan keputusannya selepas dua jam memberi penjelasan mengenai keputusan itu.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Global To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan