Berita Harian: Dunia |
Posted: 23 Feb 2013 02:36 PM PST Main peranan sebagai penyelaras usaha damai di selatan Thailand Bangkok: Perdana Menteri Thailand, Yingluck Shinawatra, akan berucap mengenai kemungkinan Malaysia menjadi penyelaras proses damai di selatan Thailand apabila melawat negara jirannya, Khamis depan. Sejauh mana Malaysia memegang peranannya masih dirundingkan. Pegawai Thailand belum setuju sama ada Kuala Lumpur (KL) patut membantu sebagai penyelaras atau menjadi orang tengah. Bagaimanapun, Kementerian Luar Thai mendesak supaya peranan Malaysia diminimumkan, kata sumber Thai kepada akhbar The Nation, semalam. Pengatur rundingan Majlis Keselamatan Kebangsaan Thailand (NSC) adalah pengatur rundingan. Pihak tentera turut membentuk pasukan perundingnya sendiri. Berdasarkan sejarah, kata akhbar itu, pihak tentera biasanya memegang peranan utama dalam rundingan dengan pemisah yang berlangsung di Asia Barat pada 1980-an. Selain meminta Malaysia lebih aktif, cadangan untuk menggerakkan rundingan rasmi bertujuan menunjukkan kerajaan Yingluck benar-benar serius untuk mewujudkan keamanan di rantau berkenaan. Merumitkan lagi inisiatif Bangkok untuk melancarkan proses damai ialah ketiadaan pemimpin keselamatan bagi mengubah konflik di rantau itu, kata pakar keselamatan dari Universiti Chulalongkorn dan bekas penasihat kerajaan pimpinan Abhisit Vejjajiva, Profesor Panitan Wattanayagon. Penasihat kerajaan Penasihat kerajaan itu mestilah memiliki kuasa tertentu untuk menjadi orang tengah antara kerajaan dan tentera, lapor The Nation. Apapun, Thailand tidak pernah selesa dengan perunding asing untuk menyelesaikan isu selatannya. - AGENSI |
India dikejutkan tiga beradik dirogol, bunuh Posted: 23 Feb 2013 02:32 PM PST New Delhi/Hyderabad: India dikejutkan lagi dengan laporan bahawa polis sedang memburu suspek kejadian rogol dan bunuh tiga beradik perempuan di barat negara itu. Rakyat India masih lagi marah dengan kes rogol berkumpulan seorang wanita dalam sebuah bas di New Delhi pada Disember lalu.
Mereka hilang dari sekolah dua hari sebelumnya, kata pegawai polis, Abhinav Deshmukh. Kawasan terbabit terletak lebih 1,000 kilometer ke selatan ibu negara, New Delhi. Penduduk kampung bantah Ibu mangsa berkata, polis tidak memandang serius kes itu dan tidak melakukan apa-apa selama beberapa hari sehingga penduduk kampung membantah. Deshmukh berkata, 10 pasukan polis membabitkan 30 penyiasat mengambil kes itu dan beliau yakin mereka akan dapat menangkap pembunuh tidak lama lagi.
Penduduk kampung yang marah membakar tayar dan menghalang lebuh raya di kawasan itu sehingga memaksa kedai ditutup selama beberapa jam. Polis akhirnya mengklasifikasikan kes itu sebagai rogol dan bunuh selepas bedah siasat mendapati mangsa didera secara seksual dan dibunuh dengan kejam, lapor PTI. Menteri Kabinet, Manish Tewari menyifatkan pembunuhan itu sebagai satu serangan yang amat kejam. Katanya, Perdana Menteri, Manmohan Singh turut menghantar bantuan 1 juta rupee (RM57,113) kepada keluarga mangsa. - AGENSI |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan