Harian Metro: Global |
Posted: Oscar Pistorius menangis teresak-esak ketika dia menghubungi sahabat karibnya pada awal pagi Hari Valentine lalu, sejurus selepas teman wanitanya ditembak. Kata Justin Divaris, Pistorius jelas panik dan berkata: "Babaku, aku dah bunuh babaku. Tuhan, ambillah nyawaku." Kata Divaris, 27, Pistorius menghubunginya jam 3.55 pagi dan memberitahu teman wanitanya, Reeva Stennkamp, ditembak.
"Dia mengulang kata-katanya memberitahu berlaku kemalangan ngeri," katanya.
"Kata jiran Pistorius, Reeva dalam keadaan parah dan saya mesti segera ke sana," katanya. Selepas memaklumkan kepada pihak berkuasa, Divaris memecut keretanya ke rumah mewah atlet digelar Blade Runner itu.
Pistorius mengangkat tubuh Reeva ke pintu depan dan cuba menyematkan kekasihnya dengan bantuan pernafasan.
|
10 maut tanah runtuh di Manado Posted: Jakarta: Sekurang-kurangnya 10 orang terbunuh di utara Sulawesi, semalam selepas hujan lebat yang menyebabkan banjir dan tanah runtuh, kata pihak berkuasa. Insiden banjir dan tanah runtuh yang melanda Manado itu turut memaksa 1,200 penduduk berpindah, kata jurucakap agensi pengurusan bencana nasional, Sutopo Purwo Nugraha.
"Bilangan mangsa mungkin meningkat kerana tanah runtuh dilaporkan berlaku di beberapa kawasan. Kami masih berusaha memindahkan penduduk walaupun proses pemindahan dihalang air banjir yang belum surut di beberapa kawasan," katanya. Air setinggi dua meter menenggelamkan lebih 1,000 kediaman di tujuh daerah menyebabkan 1,200 penduduk terpaksa berpindah. - Jakarta Globe Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/18 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Global To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan