Ahad, 10 Februari 2013

Harian Metro: Global

Harian Metro: Global


Seni perut boyot

Posted:

London: Ia sudah lama popular di Amerika Syarikat selepas Mariah Carey melukis pada perut boyotnya.

Kini, kegilaan itu merebak ke Britain dengan bakal ibu berusaha meraikan kehamilan mereka dengan fesyen artistik.

Leila Searle, 27, pelukis wajah dari Upton di Poole, Dorset, meluaskan perniagaan melukisnya kepada seni lukisan tubuh pada perut boyot selepas menerima permintaan daripada bakal ibu.

Dia mendapati perkhidmatan itu semakin popular, di majlis meraikan bakal ibu, satu lagi tradisi Amerika Syarikat yang kini kian berkembang di Britan.

Foto

LEILA asyik melukis pada perut pelanggannya

Foto

ANTARA hasil seni Leila.


"Saya memulakan perniagaan kecantikan beberapa tahun lalu sebelum mengambil kursus melukis wajah.


"Ogos lalu, saya menerima panggilan daripada seorang pelanggan yang bertanya sama ada saya boleh melukis pada perut boyotnya.

"Saya teruja menerima panggilan itu dan hadir pada majlis meraikan kehamilannya. Saya melukis pada perutnya dan dari situ, karier saya berkembang.

"Tidak seperti kanak-kanak, orang dewasa akan duduk diam. Ia membolehkan saya lebih kreatif.

Leila menggunakan bahan mekap untuk artis pementasan teater bagi menghasilkan imej pada perut besar bakal ibu yang menjadi pelanggannya.

Antara rekaannya termasuklah, rama-rama, glob, bunga dan potensi nama bayi. - Daily Mail

Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/09

Trauma dilontar najis

Posted:

Chicago: Seorang wanita trauma selepas diserang oleh seorang lelaki dengan stokin penuh dengan najis manusia.

Pelajar berusia 21 tahun itu berada di dalam kereta api di Chicago, Amerika Syarikat apabila diserang tiba-tiba oleh seorang penumpang lain.

Menurut pelajar itu, kejadian berlaku beberapa minit selepas lelaki itu menaiki kereta api.

"Saya tidak mempedulikannya. Pada stesen berikutnya, dia secara tiba-tiba melontar najis itu pada muka saya," katanya.


Dia mengejar lelaki berkenaan tetapi gagal menangkapnya.


Polis yang menerima aduan pelajar berkenaan juga gagal mengesannya.

Menurut pelajar itu, kejadian itu membuatnya trauma.

"Ia penghinaan paling buruk pernah saya lalui. Saya rela dipukul dengan teruk kerana itu tidaklah seteruk dengan dilempar najis.

"Lebih teruk lagi, tidak ada siapa yang mempunyai sesuatu untuk membantu saya mengesat najis itu.

"Saya terpaksa menggunakan surat khabar," katanya.

Kejadian itu menyebabkan dia berhati-hati menggunakan pengangkutan awam.

"Saya akan memerhatikan orang di sekeliling saya sebelum naik," katanya. - DM

Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/09

Tiada ulasan:

Catat Ulasan