Berita Harian: Dunia |
41 negeri AS dilanda wabak influenza Posted: 07 Jan 2013 01:20 PM PST Los Angeles: Wabak selesema yang membawa maut kini melanda Amerika Syarikat dengan 41 negeri dikesan terbabit. Selain itu, 18 kanak-kanak maut dan 2,500 lagi mangsa selesema sedang dirawat di hospital.
Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) menyatakan ia sudah memperhebat langkah memantau selesema yang semakin aktif di seluruh dunia. Menggunakan alat pengesan Flu Near You, sekurang-kurangnya 100 orang melaporkan mengalami petanda awal selesema. Angka itu memang besar. Tahun lalu, ia tidak sampai angka itu, kata pembantu profesor pediatrik dan pakar epidemiologi, John Brownstein, di Kajian Perubatan Harvard dan Hospital Kanak-Kanak Boston kepada wartawan. Brownstein adalah antara pengasas Flu Near You, dengan kerjasama Hospital Kanak-Kanak Boston, Yayasan Ancaman Global Skoll dan Persatuan Kesihatan Awam Amerika.
|
Lima suspek rogol dengar pertuduhan Posted: 07 Jan 2013 01:18 PM PST New Delhi: Lima suspek rogol dan bunuh seorang penuntut perempuan India tiba di mahkamah semalam untuk mendengar tuduhan terhadap mereka, selepas dua tertuduh menawarkan kerjasama sebagai tukaran kepada hukuman lebih ringan. Kelima-lima lelaki berkenaan, bersama seorang remaja, didakwa merogol beramai-ramai penuntut fisioterapi berusia 23 tahun ketika beliau menaiki bas selepas menonton wayang di New Delh16 Disember lalu. Mangsa meninggal dunia dua minggu di hospital di Singapura dua minggu kemudian.
Tertuduh dibawa ke bilik kurungan sementara menunggu arahan untuk hadir di depan majistret yang akan membacakan dakwaan sebelum tarikh perbicaraan ditetapkan. Perbicaraan dijadual diadakan di mahkamah khas, yang ditubuhkan selepas kejadian itu. Majistret, Namrita Aggarwal, berkata keterangan ditutup kepada media dan orang awam dan mengarahkan mahkamah dikosongkan demi keselamatan tertuduh. Terdahulu, pertengkaran tercetus di mahkamah apabila seorang peguam menawarkan diri mempertahankan mereka. Beliau dimarahi rakannya yang berkata tertuduh tidak layak diwakili kerana kekejamannya. Dua daripada tertuduh, Vinay Sharma dan Pawan Gupta, Sabtu lalu mengemukakan permohonan menjadi pemberi maklumat, terhadap tertuduh lain, kata pendakwa kes itu, Rajiv Mohan.
Kelima-lima mereka tidak sepatutnya menerima hukuman lebih ringan daripada hukuman mati, katanya. Anggota persatuan peguam di daerah Saket, lokasi kes itu didengari, berikrar tidak akan mewakili tertuduh. Polis menjalankan soal siasat menyeluruh dan berkata mereka sudah merekodkan pengakuan walaupun kelima-lima tertuduh tidak mempunyai peguam. Semalam, peguam Mahkamah Agung, Manohar Lal Sharma, menawarkan diri untuk mewakili tertuduh. Beliau dipersendakan oleh peguam lain di mahkamah.
|
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan