Berita Harian: Dunia |
India kaji hukum ahli politik isu jenayah seks Posted: 02 Jan 2013 02:09 PM PST Pemimpin dituduh lakukan kesalahan seksual mungkin digantung tugas New Delhi: Mahkamah Agung India akan mengkaji sama ada meluluskan langkah menggantung tugas ahli perundangan yang menghadapi dakwaan melakukan serangan seksual. Kes rogol 16 Disember lalu yang menjadi punca kematian seorang gadis berusia 23 tahun menyebabkan banyak pihak di India menuntut undang-undang diperketatkan.
Beribu-ribu kes tertangguh Shanker juga meminta mahkamah memaksa pihak berkuasa mempercepat penyelesaian beribu-ribu kes rogol yang tertangguh bertahun-tahun lamanya. Ia berlaku ketika beribu-ribu wanita berhimpun di tugu peringatan pemimpin kemerdekaan Mohandas K Gandhi bagi menuntut keselamatan mereka dijamin. Ketika ini, enam ahli perundangan negeri menghadapi tuduhan rogol manakala dua anggota Parlimen pula didakwa di bawah kategori bukan rogol, kata Jagdeep S Chhokar, pegawai Persatuan Pembaharuan Demokratik.
|
Posted: 02 Jan 2013 02:06 PM PST Bangkok: Sebuah kelab pengutip barang lusuh ditubuhkan di timur Bangkok bagi membolehkan pemungut mendapatkan barangan keperluan dan tukaran lebih baik. Melalui kelab itu, pemungut yang menjadi ahli, boleh menyerahkan barang lusuh di kedai milik kelab itu untuk ditukarkan dengan pelbagai keperluan harian seperti beras, sardin, telur, mi segera, sabun atau ubat gigi.
Peerathorn, 45, berkata beliau bersama isterinya Buarin mendapat idea untuk menubuhkan kelab berkenaan selepas menjalani hidup sebagai gelandangan dan tinggal di bawah jejambat selama enam tahun. "Kami terfikir untuk membantu orang yang senasib dan tiba-tiba kami terfikirkan sampah. Setiap orang mesti ada sampah dan barangan tidak berguna di rumah mereka. Sampah itu mungkin boleh dikitar semula dan dijual untuk membantu ahli," katanya. Beliau berkata kelab itu kini mempunyai 800 ahli termasuk 35 isi rumah terdiri daripada pemungut, selain penduduk tempatan berhampiran yang sudah mengetahui mengenai kedai di kelab berkenaan. "Kadang-kala kami perlu membeli sesuatu seperti kicap atau beras secara hutang. Bagaimanapun sebilangan pekedai memandang hina kepada kami dan bimbang jika kami tidak membayarnya. Atas sebab itulah kami menubuhkan kedai kami sendiri," katanya.
"Jika kami menghadapi kesulitan, kami akan ke kelab untuk menukar barang lusuh dengan beras, sabun dan apa saja barang keperluan harian," katanya. Sementara itu Insitut Pengurusan dan Pembungkusan Barangan Lusuh Bagi Alam sekitar Lebih baik berkata, Thailand mempunyai ratusan ribu penduduk yang bergantung kepada sampah dan barangan lusuh untuk menyara hidup. "Sebanyak 15 juta tan sampah dan barangan lusuh dikitar semula setiap tahun. Sumbangan pemungut membantu mewujudkan persekitaran lebih baik bagi negara ini,' kata jurucakap insitut itu. - AFP |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan