Isnin, 24 Disember 2012

Kosmo Online - Dunia

Kosmo Online - Dunia


Seorang maut, bantah kejadian rogol di India

Posted:

Seorang maut, bantah kejadian rogol di India

Seorang maut, bantah kejadian rogol di India

BEBERAPA penunjuk perasaan menolak sebuah kereta dalam tunjuk perasaan membantah seorang pelajar wanita dirogol di New Delhi semalam.


NEW DELHI - Satu tunjuk perasaan yang membantah kejadian rogol dan pencabulan bertukar menjadi ganas di sini semalam apabila polis tertembak mati seorang wartawan semalam.

Sebelum ini seorang wanita yang berusia 23 tahun yang dirogol dalam sebuah bas pada 16 Disember lalu kini berada dalam keadaan kritikal di sebuah hospital.

Dia dicampak dari sebuah bas selepas dirogol oleh enam lelaki.

Polis menyatakan, enam lelaki yang dipercayai melakukan kejadian tersebut telah ditangkap.

Bagaimanapun, ribuan orang, kebanyakannya pelajar, mengambil bahagian dalam tunjuk perasaan itu manakala parti Kongres yang memerintah berjanji akan bertindak dengan segera terhadap kumpulan perogol itu.

Jalan-jalan raya menuju ke Istana Presiden dan ibu pejabat kerajaan disekat namun, kumpulan penunjuk perasaan cuba untuk merempuh sehingga mengakibatkan pertempuran dengan anggota polis berlaku dengan menyebabkan sejumlah orang cedera, lapor agensi berita IANS.

Polis menggunakan gas pemedih mata dan meriam air ketika para penunjuk perasaan mendekati sekatan yang dibuat anggota-anggota pihak berkuasa.

"Beberapa samseng mengetuai penunjuk perasaan untuk supaya melanggar undang-undang. Kami merayu kepada para penunjuk perasaan untuk tidak bersatu dengan mereka (samseng-samseng itu) dan mengadakan tunjuk perasaan secara aman," kata seorang pegawai polis Delhi, Dharmendra Kumar.

Menurutnya, semua permintaan para penunjuk perasaan sudah dipenuhi pemerintah.

"Mereka (para penunjuk perasaan) sepatutnya membenarkan kami untuk melakukan tugas kami," tambahnya.

Sebelum ini, pihak pemerintah menyatakan perbicaraan kes rogol akan dipercepatkan mulai 2 Januari depan manakala kawalan polis dipertingkatkan bagi melindungi keselamatan wanita.

Pihak pemerintah juga menyatakan ia akan mengambil langkah-langkah untuk memperkenalkan hukuman yang lebih tegas terhadap pesalah rogol.

Kebanyakan penduduk menuntut hukuman mati terhadap pesalah rogol.

Ketika ini hukuman kesalahan merogol ialah hukuman maksimum penjara seumur hidup.

Presiden Kongres Kebangsaan India, Sonia Gandhi yang mengetuai perikatan parti yang memerintah India menemui sekumpulan penunjuk perasaan dan berjanji akan mempercepatkan hukuman terhadap pesalah yang merogol wanita tersebut.

Menurut data polis, sebanyak 661 kes rogol dilaporkan di New Delhi sejak Januari lalu.

Para aktivis menyatakan, sekurang-kurangnya 40,000 kes sedang menunggu untuk diselesaikan di mahkamah.

Sementara itu, Wartawan penyiaran itu tertembak selepas polis melepaskan tembakan dalam tunjuk perasaan yang diadakan di Imphal, timur laut India.

Jurucakap polis berkata, wartawan tersebut membuat liputan tentang tunjuk perasaan bagi meminta pencabul seorang aktres India ditangkap. - Agensi

CIA bidas filem Osama Laden

Posted:

CIA bidas filem Osama Laden

CIA bidas filem Osama Laden


GAMBAR fail menunjukkan Bigelow (kanan) di set penggambaran filem Zero Dark Thirty di Chandigarh, India.


WASHINGTON - Pemangku Pengarah Agensi Penyiasatan Pusat (CIA), Michael Morell menyatakan, filem tentang kisah hidup bekas ketua rangkaian Al-Qaeda, Osama bin Laden memperbesar-besarkan teknik lemas untuk mendapatkan maklumat oleh para penyiasat.

Filem itu berjudul Zero Dark Thirty yang diarahkan Kathryn Bigelow mengisahkan kisah tentang pemburuan Osama selama sedekad selepas kejadian pengganas pada 11 September 2011 berlaku di Amerika Syarikat (AS).

Dalam filem itu, para penyiasat AS didapati menggunakan teknik keras seperti melemaskan muka para tahanan yang dianggap pelbagai pihak sebagai satu bentuk penderaan.

Menurut Morell, terdapat teknik lain digunakan oleh para penyiasat untuk mendapatkan maklumat daripada para tahanan yang disyaki pengganas.

Teknik yang menjadi kontroversi itu telah diharamkan oleh Presiden AS, Barack Obama.

Morell merupakan antara calon yang bakal menjadi ketua CIA selepas peletakan jawatan David Petreaus.

Petreaus meletakkan jawatan selepas dia terlibat dalam skandal dengan seorang penulis wanita.

Penulis wanita itu menghasilkan buku tentang riwayat hidupnya.

Filem tentang pemburuan Osama itu bakal menjadi calon untuk memenangi anugerah Oscar.

Osama meninggal dunia selepas mati ditembak dalam satu operasi memburunya oleh anggota-anggota komando tentera laut AS di Abbottabad, Pakistan pada Mei 2011. - Agensi

Harta milik bekas Presiden Tunisia dilelong

Posted:

Harta milik bekas Presiden Tunisia dilelong

Harta milik bekas Presiden Tunisia dilelong


KOLEKSI beg tangan dan kasut milik isteri Ben Ali juga dilelong. - AFP


TUNIS - Pihak berkuasa Tunisia melelong harta rampasan milik bekas Presiden negara ini, Zine El Abidine Ben Ali.

Antara yang dilelong itu ialah sepasang patung emas berkepala singa, sebatang pen yang diselaputi berlian dan 39 buah kereta mewah.

Sebahagian barang itu dipamerkan di Gammarth dan Tunis.

Beberapa pegawai berharap, lelongan itu akan memperoleh sebanyak AS$12.9 juta (RM39.48 juta).

Antara yang dilelong ialah sebuah kereta Mercedes milik anak saudara Ben Ali.

Menurut seornag ahli jawatankuasa rampasan itu, Mohammed Lassad Hamayed, kereta tersebut buatan tangan yang melibatkan kos AS$2.6 juta (RM7.95 juta).

Beliau berkata, hanya pemerintah Maghribi, Raja Mohamed VI yang memiliki salah sebuah kereta tersebut.

Ben Ali yang dianggap pemerintah yang korup meletakkan jawatan pada Januari 2011 selepas tunjuk perasaan menentang pemerintahannya dilancarkan penduduk tempatan.

Beliau kemudian hidup dalam buangan bersama isterinya, Leila Ben Ali. - Agensi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan