Harian Metro: Global |
Wanita Arab-Israel meninggal dunia pada usia 124 tahun Posted: 23 Dec 2012 07:40 AM PST TEL AVIV: Seorang wanita Arab warga Israel dilaporkan meninggal dunia pada usia 124 tahun. Sekiranya disahkan, ia bermakna wanita itu dalah wanita paling lama hidup, lapor media Israel. Mariam Amash dari Kampung Arab di Jisr al-Zarqa, kira-kira 400 kilometer dari utara Tel Aviv, meninggalkan 10 anak dan kira-kira 300 cucu dan cicit, menurut ynet, versi internet akhbar terlaris Israel, Yedioth Ahronot. Kad pengenalan Israelnya menunjukkan dia dilahirkan pada 1888.
Maka, kerani yang mengeluarkan kad pengenalannya berpuluh-puluh tahun lalu meletakkan 00.00.1888 sebagai tarikh dia dilahirkan dalam dokumen pengenalan itu. "Jadi, keluarga saya akan mengadakan majlis keraian dan memberi hadiah pada setiap akhir tahun," katanya. Berita mengenai Mariam ini diketahui selang seminggu selepas Buku Rekod Guinness mengesahkan Jiroemon Kumura, lelaki berusia 115 tahun dari Jepun sebagai lelaki tertua hidup di dunia selepas wanita dari Amerika Syarikat, meninggal dunia pada usia 115 tahun. - Agensi Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/23 |
Mangsa simbah asid jadi ‘jutawan’ Posted: 23 Dec 2012 07:37 AM PST NEW DELHI: Mangsa yang selamat daripada serangan asid ketika masih remaja, memenangi tempat pertama, sekali gus menjadi jutawan, dalam rancangan kuiz televisyen paling popular di India. Sonali Mukherjee, melecur teruk di muka disebabkan serangan itu yang berlaku ketika dia berusia 17 tahun dan keluarganya menggunakan semua wang mereka untuk rawatannya.
Namun wanita berusia 27 tahun dari New Delhi ini mungkin akan dapat membayar kos rawatan pembedahan plastik apabila memenangi kuiz Who Wants to be a Milionaire versi India. Sonali yang diserang oleh lelaki yang meminatinya, memenangi Rs25 lakhs (RM148,444), tampil di rancangan itu bersama aktres Bollywood dan bekas Ratu Dunia, Lara Dutta.
"Dia membuat keputusan untuk tidak berdiam diri dan menderita sendirian. "Kisahnya adalah kisah keberanian yang tinggi. Negara ini memuji dia dan begitu juga kami. Sonali yang telah melalui pembedahan sebanyak 22 kali sejak serangan pada 2003 berkata, kemenangannya itu bertepatan untuk rawatan yang akan dilaluinya selepas ini. Dia adalah pelajar cemerlang di Dhanbad, di wilayah Jharkhad ketika diserang dengan bahan kimia dikenali sebagai Tezaab, yang biasanya digunakan untuk membersihkan peralatan berkarat. Penyerangnya memecah masuk rumahnya dan menyimbah asid ke mukanya ketika dia tidur. Sonali kini separuh buta dan pekak disebabkan kecederaannya. Sejak serangan itu, dia tidak langsung menerima dana untuk rawatan dan awal tahun ini dia menulis surat kepada kerajaan India, mengugut untuk membunuh diri sekiranya tidak mendapat bantuan kerajaan. Penyerangnya kini diikat jamin selepas dipenjara hanya empat bulan dan mereka tidak didakwa dengan betul atas jenayah yang dilakukan. - DM Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/23 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Global To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan