Jumaat, 7 Disember 2012

Harian Metro: Global

Harian Metro: Global


Motor terbang atasi kesesakan

Posted: 06 Dec 2012 11:35 AM PST

AUSTIN (Texas): Terperangkap dalam kesesakan lalu-lintas bukan lagi halangan untuk Larry Neal dan masalah itu tinggal kenangan sejak dia menggunakan kenderaan roda tiga bermotor.

Menurut Neal, kenderaan unik itu membolehkan dia bergerak dari satu tempat ke tempat lain tanpa berdepan kesesakan.


Apa yang perlu, katanya, cuma hidupkan enjin dan terbang ke destinasi pilihan.

Digelar Super Sky Cycle, kenderaan Neal dilengkapi enjin 582 kuasa kuda dan tiga kipas sepanjang 173 sentimeter setiap satu.


Dengan kemudahan itu, Neal boleh terbang setinggi enam meter pada kelajuan maksimum 56 kilometer sejam.


Apabila di atas jalan raya, kenderaan itu boleh mencapai kelajuan maksimum 105 kilometer sejam.

Kenderaan berharga 46,000 (RM226,000) itu boleh terbang sehingga lima jam sebelum perlu diisi minyak semula.


Pengendalinya pula mesti memiliki lesen juruterbang sebelum boleh menggunakannya. Kakitangan The Butterfly Aircraft LLC itu baru saja memperoleh paten kenderaan berkenaan bagi membolehkan dia menghasilkannya secara besar-besaran. Setakat ini, kata Neal, dia menerima beberapa tempatan, sama ada dari syarikat tempatan atau firma antarabangsa. "Projek ini bermula sejak beberapa tahun lalu tetapi pernah tergendala seketika apabila saya gagal mencari jawapan mengenai apa yang perlu dilakukan kepada kipasnya selepas Super Sky Cycle mendarat," katanya. Namun, Neal - berasal dari Aurora - berjaya mencari jawapan kepada kebuntuan itu dengan mencipta kipas yang boleh dilipat.

Katanya, pengubahsuaian pada kipsa berkenaan membolehkan kenderaan itu dipandu di jalan biasa apabila keadaan mengizinkan. "Pasukan peronda sempadan Texas antara pihak yang membuat pesanan dalam jumlah besar bagi kenderaan ini," katanya. - DM

Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/07



Pakar antivirus AS ditahan di Guatemala

Posted: 06 Dec 2012 11:33 AM PST

GUATEMALA CITY: Polis Guatemala menahan pakar perisian Amerika Syarikat (AS), John McAfee, semalam kerana memasuki negara itu secara haram.

Menteri Dalam Negeri, Mauricio Lopez Bonilla, berkata Guatemala akan mengusir McAfee ke negara jiran, Belize, kerana dia dikehendaki untuk disoal siasat dalam kes pembunuhan jirannya. McAfee, 67, bersembunyi selama tiga minggu sebelum memasuki Guatemala bersama teman wanitanya berusia 20 tahun bagi mengelak ditahan polis Belize.


Dia dianggap "individu berkepentingan" dalam kes kematian seorang warga AS, Gregory Faull.

Menurut Bonilla, McAfee ditahan polis Guatemala dan anggota Interpol di hotel Intercontinental di Guatemala City.


Menjadi seorang daripada usahawan pertama Lembah Silikon di AS, McAfee mengumpul kekayaan melalui perisian antivirus yang kini dikenali dengan namanya sendiri. - Reuters

Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/07



Tiada ulasan:

Catat Ulasan