Harian Metro: Global |
Peserta AS raih gelaran Miss Universe 2012 Posted: 20 Dec 2012 11:01 AM PST LAS VEGAS: Peserta Amerika Syarikat, Olivia Culpo dimahkotakan sebagai Miss Universe 2012 malam tadi, menewaskan jelitawan dari seluruh dunia untuk meraih gelaran yang menjadi rebutan jutaan gadis. Tempat kedua dimenangi oleh peserta Filipina, Janine Tugonon. Pemenang tahun lalu, Leila Lopes dari Angola, memahkotakan Olivia, 20, yang jelas sangat teruja untuk menggantikannya.
Peserta Venezuela, Irene Sofia Esser Quintero menduduki tempat ketiga dalam pertandingan itu.
Pertandingan yang bertujuan memilih wanita paling cantik di dunia itu diadakan di Las Vegas tahun ini dan menyaksikan 89 peserta bertanding dalam tiga kategori iaitu pakaian renang, gaun malam dan sesi soal jawab.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/21 |
Posted: 20 Dec 2012 11:00 AM PST MUMBAI: Seorang suami dayus tinggal di atas pokok sejak sembilan bulan lalu dan enggan turun kecuali isterinya meminta maaf kerana bersikap curang terhadapnya. Bagaimanapun, si isteri tidak juga memohon maaf, malah tidak pernah menjenguk suaminya sepanjang tempoh sembilan bulan itu.
Dalam percubaan terakhir untuk memenangi semula hati isterinya, Sanjay memanjat pokok jambu di pinggir kampung dan tinggal di atas pokok itu sejak kejadian berkenaan.
"Apabila kami cuba memujuknya supaya turun, dia mengancam untuk membunuh diri," kata ibunya, Kushma Dev kepada The Asian Age. "Dia makan dan tidur di atas pokok, malah turut membuang air di situ. Kami selalu datang menemuinya dan bertanya jika dia memerlukan apa-apa," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/21 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Global To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan