Sabtu, 15 Disember 2012

Harian Metro: Global

Harian Metro: Global


RM15,000 untuk buah zakar Bieber

Posted: 14 Dec 2012 01:35 PM PST

LOS ANGELES: Satu dokumen mahkamah mendakwa sekumpulan penculik merancang menjerut dan memotong kemaluan penyanyi pop remaja, Justin Bieber.

Dana Martin didakwa meletakkan harga RM7,500 bagi setiap satu buah zakar Bieber ketika dia mendedahkan rancangan untuk menculik, memotong kemaluan dan menjerut penyanyi terkenal itu.


Martin yang kini menjalani hukuman penjara dan mempunyai tatu Bieber pada kakinya, dituduh mengupah dua lelaki lain untuk menculik dan membunuh penyanyi itu, pengawal peribadinya dan dua mangsa yang tidak ada kaitan.

Menurut dokumen itu, dia mengupah Mark Staake untuk melaksanakan rancangannya selepas kecewa Bieber tidak mempedulikan usahanya untuk menghubunginya. Anak saudara Staake, Tanner Ruane kemudian menyertai rancangan itu.


Selepas mengumumkan hadiah wang berjumlah RM7,550 untuk kemaluan penyanyi berusia 18 tahun itu, Martin kemudian mengarahkan Staake dan Ruane untuk menjerut Bieber dengan tali leher.


Kumpulan itu didakwa merancang menyerang Bieber ketika dia mengadakan konsert di Madison Square Garden, New York pada 28 dan 29 November lalu.

Bagaimanapun, rancangan itu gagal selepas Martin mendedahkannya kepada pengawal penjara.


Secara kebetulan, Staake, 41, ditangkap pada 19 November kerana kesalahan lain ketika memandu dengan Ruane, 23.

Polis membebaskan Ruane tetapi merakamkan perbualan telefonnya dengan Martin mengenai rancangan membunuh Bieber itu.


Mereka menahan Ruane sekali lagi pada 20 November di New York dan menemui gunting jenama Fiskars Durasharp yang baru dibeli di dalam keretanya.


Kandungan perbualan telefon itu yang mendedahkan rancangan berkenaan dinyatakan dalam waran tangkap.


Dokumen berkenaan menyatakan: "Apabila Martin bertanya apa yang dibawa oleh Staake untuk memotong kemaluan mangsa, Ruane menjawab, dia sudah membeli gunting. Mengenai keengganan Staake untuk memotong kemaluan Bieber, Ruane berkata, dia akan melakukannya. "Martin kemudian mengesahkan, Ruane akan memperoleh RM7,500 untuk setiap buah zakar Bieber." Polis berkata, Martin memberitahu Ruane supaya menjerut Bieber dan mangsa lain dengan tali leher kerana ia serupa dengan yang digunakan ketika melakukan pembunuhan sebelum ini.


Martin kini menjalani dua hukuman penjara seumur hidup di Penjara New Mexico Selatan di Las Cruces selepas didapati bersalah merogol dan menjerut seorang gadis berusia 15 tahun pada 2000. - DM

Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/15



Jacintha kritik layanan buruk kakitangan senior

Posted: 14 Dec 2012 01:32 PM PST

LONDON: Jururawat yang ditemui mati tergantung selepas menerima panggilan palsu, dilaporkan meninggalkan nota mengkritik kakitangan senior Hospital King Edward VII.

Jacintha Saldanha, 46, terpedaya oleh panggilan palsu daripada dua pengacara sebuah stesen radio Australia yang menelefon isteri Putera William, Kate Middleton.


Satu inkues diberitahu, ibu dua anak dari Bristol itu ditemui di kuarters jururawat oleh seorang rakan dan seorang pengawal keselamatan Jumaat lalu.

Mahkamah Koroner Westminster di London juga diberitahu, tiga nota turut ditinggalkan di biliknya dan ada tanda kecederaan pada pergelangan tangan Jacintha.


Menurut laporan Daily Mirror, sepucuk surat itu mengkritik cara dia dilayan oleh rakan seniornya di hospital swasta berkenaan.


Akhbar itu mendakwa, keluarga Jacintha marah dengan pendedahan berkenaan dan suaminya, Ben Bar- boza mendesak diadakan siasatan penuh terhadap kematian jururawat itu.

Ia memetik satu sumber yang rapat dengan keluarga itu sebagai berkata: "Sepucuk surat itu, yang terpanjang ialah mengenai hospital itu dan nadanya bersifat kritikal. "Barboza mahu siasatan penuh diadakan. Antara kandungan surat itu, Jacintha mendedahkan beberapa layanan buruk yang diterimanya di hospital itu.


Mayat jururawat itu ditemui tiga hari selepas dia menyambungkan panggilan palsu daripada pengacara sebuah stesen radio Sydney, Michael Christian dan Mel Greig yang menyamar sebagai Ratu Elizabeth dan Putera Charles, meminta supaya disambungkan kepada Kate.

Isteri William itu dirawat kerana mabuk hamil di hospital King Edward, tempat Jacintha bekerja.


Koroner Westminster, Dr Fiona Wilcox memulakan inkuesnya pagi semalam sebelum menangguhkannya hingga 26 Mac tahun depan.


Ketua Inspektor, James Harman ketika memberi keterangan, berkata, terdapat kecederaan pada pergelangan tangan jururawat itu apabila dia ditemui tergantung di kuartersnya. - DM

Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/15



Tiada ulasan:

Catat Ulasan