Berita Harian: Dunia |
Warga Mesir undi draf Perlembagaan Posted: 15 Dec 2012 12:09 PM PST Keputusan akan diketahui pertengahan minggu depan Kaherah: Penduduk Mesir semalam mula mengundi draf Perlembagaan yang memecah-belahkan negara mereka. Negara itu dilanda krisis politik disaksikan menerusi bantahan dan keganasan membawa maut. Kini, persoalan mengenai pengundian terbaru tertumpu kepada sama ada Mesir kini beralih kepada pemerintahan agama di bawah Morsi dan Ikhwanul Muslimin serta blok Salafi atau tradisi sekular dengan nilai Islam. "Masa untuk berdiam diri sudah berakhir. Saya tidak sokong Perlembagaan baru. Morsi tidak wajar memecahbelahkan negara," kata pekerja bank, Essam el-Guindy yang mengundi di daerah Zamalek. Beliau adalah antara 20 penduduk yang berbaris untuk mengundi manakala satu lagi barisan pengundi wanita berada tidak jauh dari situ. "Saya baca sebahagian Perlembagaan dan tidak nampak sebarang alasan untuk tidak menyokongnya," kata Rania Wafik sambil meembawa anaknya yang baru lahir. Menunjukkan ketegangan masih berterusan menjelang pengundian, hampir 120,000 askar berkawal di pusat mengundi. Satu kumpulan radikal juga menyatakan mahu menghantar anggotanya bagi mengawal pusat mengundi bersama tentera dan polis. 10,000 maut, 1,000 cedera Pertempuran antara penyokong Morsi dan penentangnya sejak tiga minggu lalu menyebabkan sekurang-kurangnya 10 orang maut dan 1,000 lagi cedera. "Undi tidak kepada Perlembagaan yang menumpahkan darah," menurut tajuk akhbar Al Masry Al Youm. Pengkritik bimbang dengan kesahihan dokumen perundangan itu selepas kebanyakan hakim enggan menyelia undian. Kumpulan hak asasi juga memberi amaran bahawa peluang agak terbuka untuk penipuan undi berlaku. Mesir mempunyai 51 juta pengundi dan 26 juta dijangka mengundi minggu depan dan bakinya pada minggu selepas itu. - AP |
Posted: 15 Dec 2012 12:06 PM PST Alberta: Wanita yang merokok walaupun sebatang sehari berisiko tinggi meninggal dunia secara tiba-tiba akibat serangan jantung dan masalah berkaitan jantung, kata penyelidik. Risiko itu dua kali ganda berbanding wanita yang tidak merokok, dan lebih tinggi bagi perokok yang sudah lama mengamalkan tabiat buruk itu.
Ketua penulis kajian, Roopinder Sandhu, yang juga pakar elektrofisiologi kardiak di Institut Jantung Mazankowski, Universiti Alberta, berkata: "Kematian kardiak tiba-tiba selalunya menjadi petanda pertama sakit jantung dalam kalangan wanita, jadi, perubahan gaya hidup yang mengurangkan risiko amat penting. – Agensi |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan