Berita Harian: Dunia |
Militan Pakistan tingkat keganasan Posted: 30 Dec 2012 01:41 PM PST Peshawar: Militan Pakistan yang semakin meningkatkan serangannya sejak kebelakangan ini, membunuh sekurang-kurangnya 41 orang dalam dua kejadian berasingan, membuktikan bahawa mereka masih mempunyai kekuatan, kata pegawai semalam. Dalam kejadian pertama, militan Taliban menembak mati 21 anggota separa tentera Pakistan yang diculik dalam serbuan ke atas dua kem di barat laut negara itu.
Pihak berkuasa berkata mayat 21 anggota keselamatan itu ditemui di kawasan hutan tebal tidak jauh dari kem dengan tangan terikat sebelum mereka ditembak. Dua lagi, seorang cedera dan seorang lagi tidak diapa-apakan, juga ditemui. Kem berkenaan terletak hampir dengan kawasan puak yang bersempadan Afghanistan dan dianggap kubu kuat Taliban dan Al-Qaeda. Kami menemui 21 mayat kakitangan keselamatan dipenuhi peluru tidak lama dulu di sebuah kawasan tanpa penghuni. Seorang ditemui masih hidup namun cedera dan dimasukkan ke hospital manakala seorang lagi berjaya melarikan diri tanpa dicederakan, kata pegawai kerajaan, Naveed Akbar kepada AFP. Sementara itu di dalam kejadian kedua, 20 penganut Syiah terbunuh, manakala 24 lagi cedera apabila bom yang disembunyikan di dalam sebuah kereta meletup dan terkena bas yang membawa mereka di Quetta di barat daya negara itu ketika di dalam perjalanan menuju ke sempadan Iran.
|
Posted: 30 Dec 2012 01:40 PM PST New Delhi: Mayat pelajar India berusia 23 tahun yang menjadi mangsa rogol beramai-ramai dibakar pada satu upacara persendirian semalam, ketika kemarahan terhadap insiden itu semakin memuncak. Upacara pembakaran dilakukan sejurus mayat tiba di Delhi dengan pesawat khas dari Singapura, selepas beliau diterbangkan ke republik itu untuk mendapat rawatan intensif akibat kecederaan parah yang dialaminya.
Pasukan keselamatan mengawal ketat tempat pembakaran manakala media tidak dibenarkan memasuki lokasi. Berpuluh-puluh penunjuk perasaan cuba memecahkan sekatan polis dan berarak ke bangunan parlimen, tetapi berjaya dihalang. Mereka turut melaungkan slogan anti kerajaan. Perdana Menteri, Manmohan Singh dan pemimpin Kongres, Sonia Gandhi berada di lapangan terbang untuk menerima mayat mangsa dan menemui anggota keluarganya yang berada di dalam pesawat. Sonia dalam satu kenyataan memberi jaminan kepada penunjuk perasaan bahawa kematian mangsa rogol terbabit meningkatkan lagi keazaman kerajaan untuk menangani gejala sosial memalukan itu.
Keganasan terhadap wanita tidak boleh diterima sama sekali dan tiada tolak ansur terhadapnya. Setiap gadis dan wanita mempunyai hak untuk dihormati, dihargai dan dilindungi, katanya. Beberapa jam selepas mangsa meninggal dunia kelmarin, polis India mendakwa enam lelaki yang ditangkap berkaitan dengan serangan itu atas tuduhan membunuh. Jurucakap Jabatan Polis New Delhi, Rajan Bhagat berkata keenam-enam suspek berdepan hukuman mati jika sabit kesalahan di dalam kes yang mencetuskan tunjuk perasaan di seluruh negara. Selepas 10 hari berada di hospital di New Delhi, mangsa yang namanya tidak didedahkan, diterbangkan ke Hospital Mount Elizabeth di Singapura untuk menerima rawatan lanjut. Keadaannya bagaimanapun semakin teruk berikutan kecederaan otak dan serangan jantung.
|
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan