Rabu, 28 November 2012

Berita Harian: Dunia

Berita Harian: Dunia


Palestin diramal dapat undi bersejarah di PBB

Posted: 28 Nov 2012 12:36 PM PST

Sokongan penentu tingkat peluang jadi negara bukan anggota PBB

New York: Rakyat Palestin meramalkan satu pengundian bersejarah di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi meningkatkan kedudukan Palestin daripada negara pemerhati, kepada status negara bukan anggota di badan dunia itu esok (hari ini).

Pengundian dibuat bersempena Hari Perpaduan Antarabangsa bersama Penduduk Palestin, kira-kira seminggu selepas gencatan senjata yang menamatkan serangan Israel selama lapan hari di Semenanjung Gaza.

Pemerhati Palestin di PBB, Riyad Mansour berkata draf terakhir resolusi yang diedarkan kepada negara anggota PBB lewat kelmarin sudah menerima hampir 60 tajaan bersama dan pihaknya menjangka lebih banyak akan diterima menjelang pengundian.

Yakin terima undi majoriti

"Saya yakin majoriti negara akan mengundi menyokong kami kerana penyelesaian dua negara memang mendapat sokongan peringkat global," katanya.

Kedudukan Palestin untuk diterima sebagai negara bukan anggota dilihat semakin kukuh berikutan sokongan terbaru dari Perancis, Denmark, Switzerland dan beberapa negara Eropah lain yang dilihat sebagai kritikal untuk meningkatkan kedudukan mereka di peringkat antarabangsa.
Amerika Syarikat dan Israel menentang keras resolusi terbabit dan dibimbangi akan memusnahkan harapan Palestin untuk segera meneruskan rundingan dengan Israel bagi menamatkan konflik mereka selama beberapa dekad.

Israel sudah mengatakan mereka tidak akan kembali kepada rundingan selepas undian terbabit dan percaya ia sebaliknya menyukarkan harapan untuk satu rundingan damai.

Tiada undi veto

Tidak seperti Majlis Keselamatan, tiada undi veto pada Perhimpunan Agung dan resolusi berkenaan pastinya akan diluluskan.

Badan dunia 193 negara anggota itu dikuasai kebanyakannya oleh negara yang bersimpati kepada Palestin dan resolusi berkenaan hanya memerlukan undian majoriti untuk diluluskan.

Bagaimanapun, undian untuk meningkatkan status Palestin di PBB tidak menjamin pengiktirafannya sebagai sebuah negara Palestin, sesuatu yang perlu dilakukan secara dua hala. - AP

Menang undi tak percaya

Posted: 28 Nov 2012 12:30 PM PST

Bangkok: Perdana Menteri Thailand, Yingluck Shinawatra, selamat daripada undi tidak percaya di Parlimen yang dibuat semalam selepas perbahasan dan empat hari selepas demonstrasi oleh beribu-ribu penunjuk perasaan.

Pembangkang ramai di Parlimen tetapi ahli perundangan mengundi 308 berbanding 159 untuk mengekalkan Yingluck pada kedudukannya.

Seorang timbalan perdana menteri dan dua lagi menteri juga selamat daripada undi tidak percaya itu. - AP

Tiada ulasan:

Catat Ulasan