Harian Metro: Global |
Posted: 02 Oct 2012 09:43 AM PDT LONDON: Seorang wanita menjadi ibu pertama di Britain melahirkan anak kembar tiga kali. Kejadian itu dianggap ganjil kerana kemungkinan ia berlaku adalah satu dalam setiap 500,000. Keeva dan Ceira, dilahirkan Jun tahun lalu oleh Sara Jones, 33, dari Southport, Merseyside. Kelahiran pasangan kembar itu meningkatkan jumlah anak Sara kepada 10 kerana dia juga mempunyai empat anak lain.
"Bagi kebanyakan keluarga, mempunyai anak kembar adalah sesuatu yang luar biasa. Tetapi bagi saya, adalah sesuatu yang ganjil apabila saya tidak melahirkan anak kembar," katanya kepada akhbar Sunday Mir- ror. Kisahnya bermula 10 tahun lalu apabila dia melahirkan Liam dan Niamh. Sara kemudian berpisah dengan bapa kanak-kanak itu, Rhys, sebelum menjalinkan hubungan dengan teman lelakinya sekarang, Craig Morgan, 31. Pada 2010, dia sekali lagi melahirkan anak kembar, Shay dan Aoife, yang kini berusia dua tahun. Wanita itu juga mempunyai anak lain sebelum itu, Brogane, 16, Siobhan, 13, Calam, 12, dan Sean, empat. "Sebahagian keluarga gagal memperoleh anak. Saya melihat setiap kelahiran anak saya itu sebagai rahmat," katanya. Walaupun kelahiran kembar kedua agak menyulitkan kehidupannya, tetapi menjelang kelahiran Keeva dan Cerira, Sara berkata, dia sudah tahu 'apa yang dilakukannya.' Namun, ia bukan tugas mudah. Craig, pembuat perabot, tidak bekerja sementara bagi Sara, membesarkan anak adalah tugas sepenuh masa. Sudah pasti ia sesuatu yang sukar untuk mencukupkan perbelanjaan pada setiap bulan. "Kami terpaksa berhati-hati berbelanja. Saya cuba mendapatkan semuanya dengan kira-kira 100 (RM500) seminggu. Tetapi, setiap hari saya ke pasar raya, saya terpaksa menambah 15 (RM75) dalam perbelanjaan," kata Sara. Menurutnya, memandangkan setiap anaknya unik, dia tidak menurunkan pakaian anaknya yang tua kepada adik mereka. "Dan saya berharap mereka semua akan menjaga saya apabila saya tua kelak," katanya. - DM Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/03 |
Posted: 02 Oct 2012 09:41 AM PDT GLOUCESTER: Sebuah syarikat menanggung kerugian akibat kesilapan komputer. Kesilapan berkenaan menyebabkan kuali tidak melekat yang biasanya dijual dengan harga 18 (RM90) setiap satu diiklankan menerusi Internet dengan harga 0.00. Berita mengenai tawaran menakjubkan itu tersebar begitu pantas di Internet pada Jumaat dan Sabtu lalu.
Dengan harga jualan RM90 setiap satu, syarikat itu dianggarkan rugi sebanyak RM250,000 jika ia memenuhi semua pesanan itu.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/03 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Global To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan