Berita Harian: Dunia |
Posted: 17 Oct 2012 01:21 PM PDT Presiden AS lebih bersedia balas kecaman Mitt Romney Washington: Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama memberi persembahan agresif untuk menang dalam perbahasan kedua menghadapi pencabarnya dari Parti Republikan, Mitt Romney, menjelang pilihan raya pada 6 November depan. Dengan tinggal satu lagi perbahasan, persembahan Obama lebih baik berbanding perdebatan pertama di Denver, Colorado."Saya rasa persembahan presiden lebih baik malam ini berbanding di Denver. Ia sengit tetapi saya beri kelebihan kepada Obama," kata profesor politik di Kolej Claremont McKenna, John Pitney. Bahas 90 minit Dua minggu lalu, hampir semua penganalisis bersetuju Romney mengatasi Obama yang membosankan dan hambar. Kali ini, Obama menunjukkan persembahan meyakinkan dalam perbahasan selama 90 minit dengan mengecam pelan Romney memulihkan ekonomi dan menunjukkan reaksi garang kepada kritikan cara beliau menangani serangan ke atas kedutaan Amerika di Libya, bulan lalu. Tinjauan pantas ke atas pemerhati debat oleh stesen televisyen sejam selepas perdebatan kelmarin di Universiti Hofstra memberi kelebihan sebulat suara kepada Obama. Tinjauan CBS News menunjukkan 37 peratus responden berasa Obama memenangi perdebatan itu, berbanding 30 peratus kepada Romney manakala 33 peratus berpendapat tiada pemenang. Selain itu, 55 peratus menganggap Obama memberi jawapan yang mengikut soalan manakala 49 peratus beranggapan sama mengenai Romney. Tinjauan Cable News Network (CNN)/ORC mendapati 46 peratus mengakui Obama menang dan 39 peratus memihak Romney. Felo kanan Institut Keusahawanan Amerika, Karlyn Bowman, berkata walaupun tiada pemenang mutlak, Obama kembali beraksi. - AFP INFO: Isu debat kedua |
Posted: 17 Oct 2012 01:21 PM PDT Pejuang tiada pimpinan tandatangan perjanjian Damsyik: Kerajaan Syria menyifatkan desakan wakil khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Liga Arab, Lakhdar Brahimi, supaya diadakan gencatan senjata selama sehari sebagai sia-sia kerana pejuang pembebasan tidak mempunyai pucuk pimpinan untuk menandatangani perjanjian itu. Brahimi meminta pegawai Iran menjadi orang tengah perjanjian itu ketika cuti Aidiladha lewat bulan ini.Tiada pucuk pimpinan Akhbar Al-Thawra melaporkan halangan terbesar perjanjian itu ialah ketiadaan wakil rasmi untuk menandatanganinya bagi pihak pejuang pembebasan. Ramai rakyat yang bangun menentang rejim Presiden Bashar al-Assad tidak mempunyai pucuk pimpinan dan mereka tidak berkomunikasi sesama sendiri. Brahimi tiba di Beirut semalam untuk mengadakan rundingan dengan pegawai Lubnan mengenai cara menyelesaikan krisis itu. Sasar sekatan jalan "Pesawat tempur menyasarkan sekatan di lebuh raya yang dibuat pejuang pembebasan di Idlib yang menghalang usaha rejim menghantar tentera ke Aleppo, pusat pertempuran sengit sejak tiga bulan lalu," kata pertubuhan Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria. Serangan awal pagi juga menyasarkan bandar Maaret-al-Numan di Idlib dan kampung berhampiran, yang jatuh ke tangan pejuang pembebasan seminggu lalu ketika meneruskan usaha mewujudkan zon penampan di utara yang bersempadan dengan Turki. Pertempuran meletus walaupun ketika Brahimi, kelihatan seperti mendapat sokongan kedua-dua pihak untuk mengadakan gencatan senjata ketika cuti empat hari sempena Aidiladha bermula 26 Oktober ini. - AFP |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan