Sabtu, 8 September 2012

Harian Metro: Global

Harian Metro: Global


Tembak, penggal kepala perogol

Posted: 07 Sep 2012 02:03 PM PDT

ANKARA: Seorang wanita mengaku menembak mati lelaki yang didakwa merogolnya. Dia juga mengaku memenggal kepala lelaki itu sebelum menanamnya di dataran di kampungnya.

Nevin Yildirim, 26, kini menunggu perbicaraan selepas membunuh lelaki terbabit di kediamannya di Yalvac, barat daya Turki minggu lalu. Ibu dua anak itu yang hamil lima bulan mendakwa, dia mengandungkan anak perogol itu. Dia menuntut pihak berkuasa supaya membenarkannya menggugurkan kandungannya walaupun telah empat minggu melepasi had yang dibenarkan untuk melakukan pengguguran. Nevin berkata, perogol itu, Nurettin Gider mula menyerangnya beberapa hari selepas suaminya meninggalkan kediaman mereka sejak Januari lalu untuk bekerja di bandar lain.


Dia mendakwa, Nurettin mengancamnya dengan pistol dan berkata akan membunuh anaknya yang berusia dua dan enam tahun jika mendedahkkan perbuatannya.

Pemerkosaan itu berterusan selama lapan bulan hingga 28 Ogos lalu apabila Nevin memutuskan dia tidak sanggup lagi untuk berdiam diri. Pada hari itu, dia menembak Nurettin selepas lelaki terbabit memanjat tembok di belakang kediamannya dan menembaknya sekali lagi ketika dia cuba mengambil pistolnya. Nevin berkata: "Saya mengejarnya. Dia jatuh Dia mula menyumpah saya.


"Kali ini, saya tembak alat sulitnya. Dia kemudian senyap. Saya tahu dia sudah mati. Saya kemudian memenggal kepalanya," katanya. Keseluruhannya, Nevin menembak Nurettin 10 kali, termasuk beberapa kali di kemaluannya. Dia juga menikam lelaki itu. Nevin kemudian membawa kepala Nurettin yang berlumuran darah ke dataran di kampungnya di Yalvac, kata penduduk. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/08


Kecam syarat payu dara dalam pertandingan ratu cantik

Posted: 07 Sep 2012 01:59 PM PDT

BEIJING: Syarat yang ditetapkan oleh penganjur satu pertandingan ratu cantik supaya peserta mempunyai jarak sekurang-kurangnya 20 sentimeter antara dua puting payu dara mengundang kritikan orang ramai di Internet.

"Mengapa lebih daripada 20 sentimeter? Secara jujur, saya tidak tahu siapa yang mempunyai susuk sedemikian," kata seorang pengguna di Weibo, Twitter versi China. "Bagaimana jarak payu dara termasuk dalam standard kecantikan? Adakah mereka menganggap wanita sebagai barang mainan? Mengadili wanita melalui kriteria sedemikan sangat kuno," kata personaliti televisyen, Yang Lan dalam mikroblog itu. Pertandingan itu yang bertujuan memahkotakan 10 pelajar universiti di tengah Hubei menitikberatkan kecantikan dari sudut tradisional China dan standard moden Barat, kata kakitangan pertandingan sebagaimana dipetik akhbar Global Times. Penganjur pertandingan telah melakukan penyelidikan di Internet untuk menentukan kriteria bagi pertandingan itu.


Sebagai tambahan kepada ukuran tradisi seperti dada, pinggang dan pinggul, pertandingan juga mensyaratkan ruang antara anak mata peserta perlu 46 peratus daripada jarak antara anak mata dengan telinga. China menganjurkan banyak pertandingan ratu cantik, termasuk enam Miss World sejak sembilan tahun lalu.

Pesertanya, Yu Wenxia memenangi gelaran dalam pertandingan itu di peringkat antarabangsa yang berlangsung di utara negara itu bulan lalu.


"Pertandingan ratu cantik ini tidak masuk akal," kata seorang lagi pengguna Weibo. "Atas dasar apa juri mengguna pakai standard mereka sendiri untuk mengukur erti kecantikan?," katanya. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/08


Tiada ulasan:

Catat Ulasan