Harian Metro: Global |
Pura-pura mati untuk uji kekasih Posted: 05 Sep 2012 09:12 AM PDT MOSCOW: Kerana ingin tahu sama ada teman wanitanya benar-benar menyintainya, seorang lelaki berpura-pura mati dalam satu kejadian kemalangan kereta yang mengerikan dan kemudian bangkit untuk mengajukan soalan itu. Alexey Bykov mengupah seorang pengarah filem, pelakon lasak, jurusolek artis dan juga penulis skrip untuk mengadakan adegan kemalangan olok-olok itu.
Irena berkata: "Kami berjanji bertemu di sesuatu tempat. Tetapi apabila tiba, terdapat beberapa kereta yang kemalangan dan tercampak di sana sini, ambulans, asap dan kebakaran.
Bykov yang berasal dari Omsk, Russia berkata: "Saya mahu dia menyedari betapa kosong jiwanya tanpa saya dan bagaimana dia akan hidup tanpa saya.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/05 |
Posted: 05 Sep 2012 09:10 AM PDT LONDON: Bali, ular sawa sepanjang 23 kaki, dipercayai yang terpanjang di Britain. Kerana itu, ia bukan kerja mudah apabila kakitangan Zoo Chester memilih untuk menjalankan imbasan ultrasound terhadap ular berkenaan sebagai sebahagian daripada pemeriksaan jantungnya.
Ular sawa rendam itu yang seberat 90 kilogram juga dipercayai ular paling besar di Britain.
Mereka mempunyai gigi yang tajam yang digunakan untuk mencengkam mangsa sebelum menghancur dan melemaskan haiwan itu dengan badan mereka.
Mata ular itu ditutup sepanjang proses berkenaan bagi menenangkannya ketika diperiksa. Menurut zoo itu, kebesaran dan corak kulit yang menarik ular sawa rendam menyebabkan ia menjadi mangsa buruan untuk mendapatkan kulit bagi dijadikan produk kulit yang popular seperti tali pinggang, beg duit dan but.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/05 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Global To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan