Jumaat, 28 September 2012

Harian Metro: Global

Harian Metro: Global


Cinta hingga ke mati

Posted: 27 Sep 2012 02:50 PM PDT

GLOUCHERSTER: Seorang lelaki pekak dan buta bertindak menggantung diri selepas kematian isterinya akibat sakit jantung.

Seorang koroner diberitahu, Stewart Timms, 63, dan isteri, Valerie, 68, yang bisu dan pekak, adalah pasangan dedikasi yang sentiasa hidup saling bantu-membantu.


Tetapi selepas Valerie meninggal dunia di rumah mereka di Andoversford, Gloucestershire, suaminya menggantung diri, beberapa meter dari mayatnya, kata Timbalan Koroner Gloucestershire, David Dooley.

Dooley merumuskan, Timms, pembuat kabinet, membunuh diri dan isterinya, mati akibat penyakit biasa.


Pasangan itu mempunyai dua anak dan lapan cucu. Mayat mereka, kedua-duanya berpakaian tidur, ditemui 16 Jun lalu oleh anak mereka, Emma Scott yang datang untuk menziarah.


Mereka dilihat bersama dua atau tiga hari sebelum penemuan itu.

Dalam kenyataannya, Emma berkata, ibu bapanya berkahwin selama 38 tahun.


"Mereka amat menyanyangi satu sama lain. Mereka jarang bertengkar. Menjelang kematian mereka, ibu bapa saya tidak pernah bertengkar. Mereka sentiasa bantu satu sama lain," katanya.

Menurut Emma, bapanya pernah cuba menggantung diri 24 tahun lalu selepas diberitahu dia akan buta. Bagaimanapun, Timms tidak bercakap apa-apa baru-baru ini atau sebelum kematiannya.


Katanya, apabila tiba di rumah ibu bapanya, tidak ada orang yang menjawab ketukannya pada pintu rumah, menyebabkan dia cuba masuk menerusi pintu belakang, tetapi ia berkunci.


Dia melihat anjing bapanya, Arnie dan menyedari ada sesuatu yang tidak kena selepas ternampak kesan najis di lantai.


Dia meminta bantuan jiran pasangan itu, Adrian Stoner yang memanjat rumah berkenaan.


Stoner kembali dan memberitahu bapanya menggantung diri.


"Saya seterusnya diberitahu, ibu saya juga sudah ditemui dan disahkan mati," kata Emma.


Dia yakin kematian ibu bapanya tidak berkait dan mereka tidak membantu satu sama lain untuk membunuh diri. - DM

Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/28


Gigi ketawakan tawaran lumayan bapa

Posted: 27 Sep 2012 02:48 PM PDT

HONG KONG: Anak perempuan bilionair play- boy yang didakwa lesbian, mentertawakan tindakan bapanya menawarkan hampir RM200 juta kepada mana-mana lelaki yang boleh mengembalikannya menjadi wanita tulen.

Cecil Chao Sze-tsung, antara orang paling kaya di Hong Kong menawarkan hadiah itu selepas anaknya, Gigi berkahwin dengan teman wanitanya, Seab Eav di Perancis.

Taikun hartanah itu yang tidak dapat menerima perkahwinan sesama jenis itu berikrar akan membayar kepada mana-mana lelaki yang boleh berkahwin dengan Gigi dalam satu majlis tradisional.

Bagaimanapun, anak perempuannya yang berusia 33 tahun itu dan lulusan Universiti Manchester menganggap tawaran HKD500 juta (RM200 juta) itu sebagai 'agak menarik.'


Dia memberitahu akhbar South China Morning Post: "Ada ketikanya orang enggan menerima apa yang diberitahukan kepadanya.


"Dia (Chao) mempunyai tafsiran menarik mengenai saya."

Gigi enggan mengesahkan laporan mengenai perkahwinannya pada 4 April lalu dengan berkata: "Saya tidak takut untuk mengaku sesuatu. Tetapi saya mahu menghormati ibu bapa saya. Biarkan masa menjadi saksi," katanya.

Bapanya yang mendakwa mempunyai 10,000 teman wanita, menafikan laporan mengenai perkahwinan sesama jenis Gigi dan menegaskan anaknya masih bujang.

"Saya tidak kisah lelaki itu kaya atau miskin. Paling penting hatinya baik," kata Chao mengenai calon ideal untuk menjadi suami anaknya.

"Gigi wanita yang baik, berbakat dan cantik. Dia menghormati ibu bapanya dan pemurah serta melakukan tugas sukarela," katanya kepada South China Morning Post.
Perkahwinan sesama jenis tidak diiktiraf di Hong Kong.

Menurut laporan, Chao bertengkar dengan Gigi minggu lalu selepas Gigi mengumumkan pada satu majlis di Beijing bahawa dia sudah berkahwin dengan kekasihnya, Seab Eav, lima bulan lalu.

Chao yang sering muncul di majlis sosial di Beijing dan majalah selebriti, tidak pernah berkahwin.

Selain wang berkenaan, dia juga berjanji untuk membantu bakal menantunya memulakan perniagaan. - DM

Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/28


Tiada ulasan:

Catat Ulasan