Harian Metro: Global |
Posted: 21 Sep 2012 09:32 AM PDT NANJING: Seorang wanita merantai anaknya yang sakit mental dalam sebuah bilik sejak 21 tahun lalu dengan sebahagain besar masanya hanya terlantar di katil. Menurut media semalam, Hong Chunlin terpaksa dirantai dan dikurung di rumahnya apabila dia mula menjadi ganas dan sukar dikawal. Hong, 37, kini dijaga ibunya, Chen Jiufang, 71, di rumah mereka di di Nanjing, Jiangsu, timur China. Disebabkan terlalu lama dirantai, pergelangan tangan Hong mempunyai parut yang dalam.
Menurut Chen, Hong mudah menjadi agresif jika ternampak warna merah kerana bekas kekasihnya mengenakan pakaian berwarna itu ketika mereka berpisah. "Kami petani miskin dan tak mampu membiayai perubatan Hong di hospital atau membeli ubat untuk mengawal perlakuannya," katanya. Apa yang boleh dilakukannya, kata Chen, adalah memastikan Hong kekal bersih, selamat dan mendapat cukup makan. "Memang sedih melihat Hong dirantai, tetapi jika tidak dibuat begitu, dia akan mencederakan orang lain dan dirinya," katanya. Walaupun terlalu lama dirantai, Chen masih berharap Hong akan pulih satu hari nanti walaupun masalah kewangan tetap menjadi kekangan kepada mereka. "Mudah-mudahan ada mana-mana pihak tampil membantunya," katanya. - DM Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/22 |
Puteri Sultan Brunei kahwin staf Pejabat Perdana Menteri Posted: 21 Sep 2012 09:29 AM PDT BANDAR SERI BEGAWAN: Anak perempuan Sultan Brunei dinikahkan dengan pasangannya, Pengiran Muhammad Ruzaini Pengiran Dr Mohd Yakub dalam majlis penuh meriah di istana, semalam. Puteri Hafizah Sururul Bolkiah, 32, adalah anak kelima Sultan Hassanal Bolkiah bersama Raja Pengiran Anak Saleha. Pengiran Muhammad Ruzaini, 29, melafazkan ijab kabul di depan ahli keluarga dan tetamu jemputan. Kedua-dua mempelai adalah kakitangan kerajaan dengan Puteri Hafizah - memiliki ijazah dalam bidang pentadbiran perniagaan - bekerja di Kementerian Kewangan, manakala suaminya di Pejabat Perdana Menteri.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/22 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Global To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan