Kosmo Online - Dunia |
- Syria nafi laku pembunuhan besar-besaran di Treimsa
- Balu Arafat akan kemuka dakwaan Arafat diracun
- Madonna disaman isu lambang Nazi Jerman
Syria nafi laku pembunuhan besar-besaran di Treimsa Posted: Syria nafi laku pembunuhan besar-besaran di Treimsa
DAMSYIK - Syria menafikan tenteranya melakukan pembunuhan besar-besaran di Kampung Treimsa ketika kumpulan pemantau Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kembali ke kampung itu semalam untuk membuat penyiasatan. Beberapa aktivis menyatakan lebih 150 orang maut di kampung tersebut, tengah Syria. Jika disahkan ia akan merupakan salah satu kejadian yang melibatkan pembunuhan paling ramai sejak kebangkitan rakyat bermula 16 bulan lalu. Tentera Syria menyatakan hanya 37 lelaki bersenjata dan dua orang awam terbunuh. Utusan Khas Keamanan PBB/Liga Arab, Kofi Annan dan Setiausaha Agung PBB, ban Ki-moon akan mendesak Rusia dan China untuk menyertai tindak balas terhadap rejim Presiden Syria, Bashar Al-Assad ekoran kejadian tersebut. Pembunuhan itu berlaku pada Khamis lalu. Sementara itu, Iran menyatakan persetujuan untuk menjadi orang tengah antara pemerintah Syria dengan kumpulan pemberontak yang menentang kepimpinan Bashar. "Iran bersedia untuk mengundang pemberontak Syria ke Teheran untuk berunding dan juga bersedia untuk berbincang dengan mereka dan pemerintah Syria," kata Menteri Luar Iran, Ali-Akbar Salehi. Lebih 17,000 orang dilaporkan terbunuh sejak pemberontakan berlaku di Syria. - Agensi | |
Balu Arafat akan kemuka dakwaan Arafat diracun Posted: Balu Arafat akan kemuka dakwaan Arafat diracunARAFAT (dalam bulatan) menaiki helikopter di Ramallah, Tebing Barat pada 29 Oktober 2004. ZURICH - Balu bekas Presiden Pihak Berkuasa Palestin, Yasser Arafat akan mengemukakan tindakan undang-undang di Perancis berhubung dakwaan bahawa suaminya meninggal dunia kerana bahan beracun radioaktif polonium, kata peguamnya yang disiarkan semalam. "Suha (balu Arafat) memutuskan untuk mengemukakan tuntutan undang-undang dalam tempoh sebulan," kata peguam, Marc Bonnant kepada akhbar Le Matin Dimanche. Menurutnya, prosiding undang-undang itu akan dibuat di Perancis. Arafat meninggal dunia di sebuah hospital tentera di Paris, Perancis pada November 2004. Bonnant berkata, Suha akan mengemukakan dakwaan terhadap beberapa orang kerana meracun suaminya. Balu bekas Presiden Palestin itu sebelum ini menyokong kubur Arafat digali semula. Institut Radiasi Fizik di Switzerland yang menganalisis sampel daripada barang-barang peribadi Arafat mendapati terdapat kuantiti polonium yang luar biasa. Penemuan itu dilaporkan dalam satu dokumentari yang disiarkan pada awal bulan ini. Anak saudara Arafat, Nasser al-Qidwa pada Khamis lalu menuduh Israel meracun bekas pemimpin Palestin itu. Polonium merupakan bahan beracun yang jarang ditemui di luar pangkalan tentera dan pusat kajian saintifik. Bahan itu digunakan untuk membunuh bekas perisik Rusia, Alexander Litvinenko yang meninggal dunia pada tahun 2006 sejurus selepas dia meminum teh mengandungi racun tersebut. - AFP | |
Madonna disaman isu lambang Nazi Jerman Posted: Madonna disaman isu lambang Nazi JermanMADONNA mengacukan pistol mainan dalam konsertnya di Paris kelmarin. PARIS - Parti politik berhaluan kanan Perancis, Barisan Nasional akan menyaman penyanyi terkenal, Madonna selepas video muziknya memaparkan terdapat simbol Nazi di wajah pemimpin parti itu, Marine Le Pen semasa konsertnya berlangsung di sini kelmarin. Video yang disiarkan di sebuah skrin gergasi memaparkan wajah Madonna bersama beberapa tokoh terkemuka seperti Ketua Gereja Kristian Roman Katholik, Pope Benedict XVI dan bekas presiden Mesir, Hosni Mubarak. Wajah Pen muncul beberapa saat dengan simbol Fasis dan diikuti seorang lelaki mirip pemimpin Nazi, Adolf Hitler. "Satu kes kerana menghina akan dikemukakan pada minggu depan," kata Naib Presiden parti Barisan Nasional, Florian Philippot. Philippot menganggap imej-imej itu sebagai satu provokasi yang tidak boleh diterima kerana ia cuba menyamakan Pen yang memenangi 18 peratus undi pada pilihan raya Presiden Perancis pusingan pertama pada April lalu dengan fahaman fasis. - Reuters |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan