Harian Metro: Global |
Posted: 15 Jul 2012 09:33 AM PDT LONDON: Walaupun neneknya sering menggunakan kenderaan mewah jika mahu ke mana-mana, Putera Harry pula memilih pengangkutan yang lebih sederhana ketika bersiar-siar di London, malam semalam. Putera yang gemar berpesta itu memang dikenali sering merendah diri dan selalu menggunakan teksi jika keluar bersama rakannya. Terbaru, Harry yang baru saja selesai makan malam di sebuah restoran Mexico di Soho bersama rakannya, memilih beca untuk pulang. Tindakan secara tiba-tiba itu turut mengejutkan pengawal peribadinya.
"Namun, mereka semua kelihatan gembira," katanya. Selepas makan malam di restoran Mexico itu, kata saksi, Harry bersama dua rakannya, Jack Mann dan Arthur Landon berpesta pula di Le Salon Bar. "Harry memakai baju putih hitam dan seluar jeans. "Dia kelihatan melambai-lambai dan menjerit dari becanya," katanya. Teman dan pengawal Harry juga memastikan anak Putera Charles itu terlindung daripada hujan ketika itu. Mereka dilihat menarik turun penghadang plastik untuk mengelak tempias sebelum tiba di pusat hiburan yang terletak tidak jauh dari restoran berkenaan. Ketika perayaan Jubli Intan pemerintahan Ratu Elizabeth baru-baru ini, Harry menggunakan kenderaan diraja bersama keluarganya. Minggu lalu, dia menyertai abangnya, Putera William dan sekumpulan rakan mereka meluncur di Cornwall. Mengenakan sut mandi hitam putih, pasangan adik-beradik itu bersantai bersama rakan mereka ketika angin bertiup kencang. Saksi berkata, walaupun Harry dan William bersungguh-sungguh bermain ombak, mereka kelihatan benar-benar gagal menguasai permainan itu. - DM Artikel ini disiarkan pada : 2012/07/16 |
Remaja Mesir jadi mangsa nafsu lelaki Timur Tengah Posted: 15 Jul 2012 09:31 AM PDT KAHERAH: Pelancong kaya dari Teluk Parsi sanggup mengeluarkan belanja besar supaya dapat berkahwin sementara dengan gadis remaja Mesir ketika cuti musim panas, lapor Jabatan Negara Amerika Syarikat. Menurut kajian Pemerdagangan Orang diterbitkan jabatan itu, 'pernikahan kontrak' itu tidak terikat dengan undang-undang dan ia berakhir apabila lelaki terbabit kembali ke negara mereka di Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu dan Kuwait.
Pengantin perempuan - sesetengahnya berusia bawah 18 tahun - dijadikan pemuas nafsu dan dipaksa berkhidmat untuk pelancong terbabit. Undang-undang Mesir menetapkan, tiada wanita negara itu dibenarkan berkahwin dengan lelaki yang mempunyai beza usia 10 tahun daripada mereka.
Keadaan menjadi lebih buruk jika remaja terbabit hamil dalam pernikahan kontrak itu. Kesannya, ramai remaja meninggalkan zuriat mereka di rumah anak yatim atau membiarkannya di jalanan.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/07/16 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Global To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan