Jumaat, 27 Julai 2012

Harian Metro: Global

Harian Metro: Global


Bayi kena sembelih

Posted: 26 Jul 2012 09:18 AM PDT

BEIJING: Seorang bayi baru lahir yang ditemui dalam plastik di tempat pembuangan sampah dengan kesan kelar di leher dilaporkan semakin pulih, semalam.

Bayi perempuan itu ditemui bersama urinya yang masih melekat diselamatkan selepas seorang lelaki yang mencari barang lusuh terserempak dengan beg plastik berkenaan di bandar Anshan, Liaoning.


Penduduk tempatan menghubungi polis sebelum bayi terbabit dikejarkan ke hospital dan keadaannya dilaporkan kritikal. Seorang saksi berkata, bayi itu masih bernafas dan denyutan jantungnya dapat dilihat.

"Seluruh tubuhnya berlumuran darah akibat kesan kelar di lehernya," katanya. Polis berkata, doktor yang merawat bayi terbabit mendapati dia mengalami kecederaan parah akibat kelaran sepanjang lima sentimeter itu.


"Luka itu begitu dalam sehingga mencederakan saluran pernafasan bayi terbabit," katanya. Doktor pula berkata, bayi malang itu mungkin mati serta-merta jika luka berkenaan terkena lebih dalam.


Sumber berkata, bayi terbabit mungkin mangsa dasar mengehadkan setiap keluarga memiliki seorang anak yang diamalkan di China.

Ia juga mungkin didorong kecenderungan pasangan suami isteri China yang gemar memiliki anak lelaki berbanding perempuan. Dipercayai bayi berkenaan lahir pramatang dan mungkin berusia antara 32 dan 24 minggi. - DM

Artikel ini disiarkan pada : 2012/07/27


Batang balak kononnya ada kuasa

Posted: 26 Jul 2012 09:16 AM PDT

PHNOM PENH: Sebatang balak yang ditemui tertanam dalam tanah baru-baru ini menjadi perhatian ramai kerana dipercayai memiliki hikmat menyembuhkan penyakit serta meramal loteri, lapor media semalam.

Setakat ini kira-kira 5,000 orang datang ke kampung Prey Yeang, Pursat, untuk melihat kayu balak sepanjang 13 meter itu.


Ia ditemui awal bulan ini apabila sebuah keluarga menggali perigi di situ.

Ketua kampung itu, Hun Nov, berkata orang ramai yakin kayu balak itu memiliki kuasa ajaib.


"Ramai pelawat datang membawa pengeras seperti kepala babi dan ayam rebus apabila sesetengah penduduk memenangi loteri selepas menyentuh kayu berkenaan," katanya.


Hun Nov berkata, pihak berkuasa tiada hak menghalang orang ramai datang ke situ. Dianggarkan beratus-ratus pengunjung datang ke situ untuk mencuba nasib dan sesetengahnya menyapu bedak ke kayu berkenaan dengan harapan dapat mengesan sebarang nombor di situ. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2012/07/27


Tiada ulasan:

Catat Ulasan