Ahad, 24 Jun 2012

Harian Metro: Global

Harian Metro: Global


Anak badak ke-4 dilahir dalam 10 tahun

Posted: 23 Jun 2012 12:46 PM PDT

JAKARTA: Badak sumbu spesies Sumatra yang hampir pupus, dilahirkan di tempat perlindungan di Indonesia, kelahiran keempat dalam kurungan direkod sejak lebih 10 tahun, memberi harapan kepada ahli pemuliharaan, bilangan spesies ini akan bertambah.

Ahli pemuliharaan Widodo Ramono yang bekerja di tempat perlindungan di Pulau Sumatera, berkata, "Ratu melahirkan seekor anak jantan pada 12.45 malam semalam. Ibu dan anak berada dalam keadaan baik."

Tiga kelahiran badak sumbu spesies Sumatra sebelum ini direkodkan di Zoo Cincinnati, Ohio, Amerika Syarikat. Bapa kepada anak badak itu, Andalas, adalah yang pertama dihantar di pusat perlindungan dalam 112 tahun. Menurut zoo itu, dia dilahirkan pada September 2001.

Andalas dibawa ke Indonesia untuk mengawan dengan Ratu, badak betina yang hidup liar tetapi keluar dari hutan dan kini tinggal di Tempat Perlindungan Badak Sumbu Sumatra di Taman Negara Kambas.


Populasi badak sumbu Sumatra jatuh 50 peratus sejak 20 tahun lalu disebabkan pemburuan haram dan pemusnahan habitat mereka. - AFP


Bunuh diri lepas rahsia terbongkar

Posted: 23 Jun 2012 12:45 PM PDT

LONDON: Seorang pengurus pasar raya yang menyembunyikan rahsia mempunyai dua keluarga berbeza selama 20 tahun dan 12 anak, membunuh diri selepas isteri dan kekasihnya mengetahui hal yang sebenar.

Andrew Ingham, 50, mengalami tekanan perasaan teruk selepas dua isterinya meninggalkannya pada Disember tahun lalu selepas mengetahui rahsianya dan dia ditinggalkan berseorangan di sebuah rumah pangsa kecil.

Walaupun telah berkahwin dengan isterinya Jackie selama 30 tahun, Ingham tetap menjalinkan hubungan dengan teman wanitanya, Anita Barret, selama 21 tahun.

Dia ayah kepada empat anak bersama wanita simpanannya dan lapan bersama isterinya. Anak sulungnya bersama isterinya berusia 27 tahun sementara yang bongsu berusia lapan tahun.


Dalam inkues kematiannya di Mahkamah Koroner Chelmsford, Jackie, 48 dan Anita, 42 duduk agak jauh di antara satu sama lain.


Ingham membunuh diri selepas merasa tertekan mengenai "kejadian yang berlaku dalam kehidupan peribadinya."

Sebelum membunuh diri dia meninggalkan beberapa nota yang dialamatkan kepada "sesiapa yang berkenaan."

Ingham tinggal bersendirian di rumah pangsa di atas restoran di Waltham Abbey dan mayatnya ditemui oleh rakannya, Stuart Pride.

Pride, tuan punya rumah itu merasa sangsi apabila menemui surat saman di kereta Ingham kerana kawannya itu sentiasa berhati-hati untuk tidak disaman.
Dia menggunakan kuncinya sendiri untuk masuk ke rumah Ingham dan menemui mayat rakannya.

Pride berkata, "Saya melangkah ke bilik. Saya lihat ada beberapa nota di atas katil. Saya mengintai ke dalam dan nampak tubuh Andrew tergantung dari alang." - DM


Tiada ulasan:

Catat Ulasan