Rabu, 18 April 2012

Utusan Online - Luar Negara

Utusan Online - Luar Negara


Minum air bantu lulus periksa

Posted:

Minum air bantu lulus periksa

LONDON 18 April - Lupakan kelas tambahan dengan yuran yang mahal dan makan vitamin yang mampu meningkatkan kecerdasan otak, kerana kunci untuk lulus dalam peperiksaan sebenarnya semudah mengambil segelas air!

Satu kajian terkini mendapati, pelajar yang membawa air memasuki dewan peperiksaan dan meminumnya memperolehi gred yang lebih baik sebanyak 10 peratus berbanding mereka yang tidak.

Walaupun tidak jelas mengapa minuman membantu peningkatan pencapaian, satu teori menyatakan bahawa apabila kandungan air dalam tubuh mencukupi, maka maklumat akan mudah bergerak dengan bebas di dalam sel otak.

Penyelidik berkata, minum air juga menenangkan saraf, sementara mereka yang berasa dahaga ketika menduduki peperiksaan mudah terasa terganggu.

Kajian yang dilakukan terhadap beratus-ratus pelajar universiti itu membandingkan sama ada mereka mengambil minuman termasuk air kosong, kopi atau berkarbonat sebelum memasuki peperiksaan.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Salam Fayyad tarik diri

Posted:

Salam Fayyad tarik diri

BAITULMAQDIS 18 April – Perdana Menteri Palestin, Salam Fayyad menarik diri pada saat akhir daripada menghadiri pertemuan dengan pemimpin Israel semalam, sekali gus memberi tamparan hebat kepada usaha untuk menyambung semula rundingan damai peringkat tertinggi antara kedua-dua pihak yang terbantut sejak hampir dua tahun lalu.

Fayyad diwakili oleh ketua perunding Palestin, Saeb Erekat dan pegawai kanan keselamatan, Majed Faraj dalam pertemuan dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu yang berlangsung kurang daripada dua jam di sini.

Pertemuan itu berakhir dengan kedua-dua pihak mengeluarkan kenyataan bersama, berjanji untuk mencari keamanan, sekali gus menggambarkan berlaku sedikit perkembangan.

Sebelum penarikan diri Fayyad, kedua-dua pihak turut meletakkan sedikit harapan kepada pertemuan itu, sesuatu yang disifatkan Palestin sebagai usaha terakhir untuk menyelamatkan rundingan damai menjelang Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat (AS) hujung tahun ini.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan