Rabu, 18 April 2012

Harian Metro: Global

Harian Metro: Global


‘Rahib’ berbogel depan Berlusconi

Posted: 17 Apr 2012 09:52 AM PDT

ROME: Bekas Perdana Menteri Itali, Silvio Berlusconi, didakwa menyaksikan bagaimana sekumpulan wanita berpakaian seperti rahib membuka satu demi satu pakaian mereka sambil menari di tiang.

Mahkamah diberitahu, Berlusconi juga seronok melihat wanita mengenakan jersi pasukan bola sepaknya, AC Milan, membuka pakaian sehingga hanya tinggal seluar dalam kecil.


Saksi, Imane Fadil, berkata dia terkejut melihat telatah tetamu di parti "bunga-bunga" anjuran Berlusconi di tingkat bawah vila bilionair itu pada Februari 2010.

Vila itu terletak di Arcore di daerah Lombardy.


Imane, 27, berkata dia hadir ke parti itu kerana ditawarkan menjadi penyampai di satu daripada saluran televisyen milik Berlusconi.


"Saya nampak Nicole Minetti dan Barbara Fagioli (tetamu Berlusconi) mengenakan jubah hitam, penutup kepala putih dan membawa salib.

"Mereka kemudian menanggalkan pakaian sehingga hanya tinggal seluar dalam," katanya.


Model itu memberi keterangan dalam perbicaraan salah laku Berlusconi, 75, dalam majlis yang digambarkannya sebagai "makan malam untuk beramah mesra dengan hidangan wain, makanan serta nyanyian." Berpuluh-puluh wanita muda dijadual turut memberi keterangan, selain selebriti terkemuka - termasuk George Clooney dan bintang Real Madrid, Cristiano Ronaldo - dalam perbicaraan berkenaan.

Difahamkan, wanita penghibur yang datang ke parti itu dilatih ahli majlis kerajaan tempatan, Nicole Minetti, 26, yang juga ahli parti Berlusconi. Kata Imane, pada waktu lain, beberapa wanita muda berpakaian seperti pemain AC Milan dan menari sambil menanggalkan pakaian. "Penari itu turut membenarkan Berlusconi menyentuh mereka," katanya. Menurut Imane, setiap kali pergi ke parti "bunga-bunga" Berlusconi, pasti ada tetamu yang menanggalkan pakaian mereka. Katanya, dia pernah diberi sampul berisi wang tetapi tidak pernah bermalam di vila berkenaan walaupun ada wanita lain sangat bersedia tidur di situ. - DM




Apple mula jual iPad baru di Malaysia, 11 negara lain Jumaat ini

Posted: 17 Apr 2012 09:48 AM PDT

CUPERTINO (California): Apple semalam mengumumkan, iPad barunya produk kategori generasi ketiga dalam kategorinya akan mula dipasarkan di Korea Selatan serta 11 negara lain, lusa.

Produk terbaru itu dilengkapi paparan Retina yang mengagumkan, selain cip A5X baru Apple dengan grafik quad-core serta kamera iSight berkeupayaan 5 megapiksel.


Ia juga mempunyai optik maju untuk merakamkan gambar dengan lebih hebat serta video HD 1080p.

Selain kekal nipis dan ringan, iPad terbaru itu juga dilengkapi bateri yang mampu bertahan sehingga 10 jam.


Selain Korea Selatan, iPad baru itu juga mula dijual di Brunei, Croatia, Cyprus, Republik Dominica, El Salvador, Guatemala, Malaysia, Panama, St Maarten, Uruguay dan Venezuela mulai Jumaat ini.


Untuk pelanggan di Colombia, Estonia, India, Israel, Latvia, Lithuania, Montenegro, Afrika Selatan dan Thailand pula, mereka berpeluang membelinya mulai 27 April.

iPad model wi-fi dihasilkan dengan dua warna - hitam atau putih - dengan harga runcit AS$499 (RM 1,523) untuk model 16GB, AS$599 (RM1,828) untuk model 32GB dan AS$699 (RM2,133) untuk model 64GB. Untuk iPad yang dilengkapi kemudahan wi-fi dan 4G, harga runcit yang disarankan Apple ialah AS$629 (RM1,927) bagi model 16GB, AS$729 (RM2,235) untuk model 32GB dan AS$829 (RM2,542) untuk model 64GB model.


Ia boleh dibeli di kedai dalam talian Apple (www.apple.com) dan semua pengedar bertauliah syarikat itu di negara berkenaan. - TS




Tiada ulasan:

Catat Ulasan