Rabu, 18 April 2012

Kosmo Online - Dunia

Kosmo Online - Dunia


Pentagon malu dengan skandal seks tentera AS

Posted:

Pentagon malu dengan skandal seks tentera AS

Pentagon malu dengan skandal seks tentera AS

BEBERAPA ejen Perkhidmatan Rahsia AS dilihat sedang bertugas di sekitar Pusat Konvensyen di Cartagena, Colombia pada Sabtu lepas.


WASHINGTON - Pegawai tertinggi tentera Amerika Syarikat (AS) berkata, pemimpin negara itu malu dengan dakwaan salah laku 10 anggota tentera AS di sebuah hotel pada malam lawatan Presiden Barack Obama di Colombia hujung minggu lalu.

Dalam sidang akhbar di Pentagon kelmarin, Pengerusi Ketua Turus Bersama, Jeneral Martin Dempsey menyatakan kekesalannya terhadap skandal yang melibatkan 11 ejen Perkhidmatan Rahsia yang dituduh melanggan pelacur di hotel, menyebabkan perhatian kepada Obama pada Sidang Kemuncak Amerika Latin beralih.

"Kami malu dengan apa yang berlaku di Colombia. Walaupun kami tidak pasti dengan tepat apa yang berlaku di sana," kata Dempsey.

Setiausaha Akhbar Pentagon, George Little memberitahu, anggota tentera yang disiasat itu ditugaskan untuk membantu Perkhidmatan Rahsia dalam persediaan lawatan rasmi Obama di Cartagena. Mereka tidak terlibat secara langsung dalam soal keselamatan presiden.

Setiausaha Pertahanan AS, Leon Panetta pula berkata, tentera AS mesti mematuhi piawaian tertinggi tingkah laku sama ada di AS atau di luar negara.

Panetta mengakui siasatan sedang dijalankan dan berjanji sekiranya sah berlaku salah laku, mereka akan dihukum. - AGENSI

Rusuhan penjara berakhir

Posted:

Rusuhan penjara berakhir

Rusuhan penjara berakhir


GAMBAR oleh pihak berkuasa Brazil menunjukkan beberapa orang banduan berdiri di atas bumbung penjara Advogado Jacinto Filho de Arcaju, Brazil kelmarin.


RIO DE JANEIRO - Satu rusuhan di sebuah penjara di negeri Sergipe, timur laut Brazil berakhir kelmarin selepas kumpulan banduan membebaskan semua 141 tebusan, kata beberapa pegawai wilayah.

Kira-kira 400 orang banduan penjara Advogado Jacinto Filho de Arcaju merusuh ketika waktu lawatan Ahad lalu ekoran tidak berpuas hati atas layanan buruk pengawal penjara, selain isu makanan.

Polis berkata, banduan-banduan terbabit bersenjatakan pisau dan tiga pucuk raifal yang dicuri dari sebuah bilik senjata di penjara berkenaan.

Hampir semua tebusan terdiri daripada saudara-mara banduan terbabit, termasuklah sejumlah wanita dan kanak-kanak yang melawat ketika rusuhan berlaku.

Menurut polis, tiga orang pengawal penjara turut dijadikan tebusan dalam insiden tersebut.

"Selepas rundingan berlangsung selama 24 jam, kumpulan banduan itu akhirnya bersetuju untuk bersurai," jelas satu kenyataan pejabat Keselamatan Awam Negeri Sergipe.

"Kami akan melakukan segala yang termampu dan menyiasat semua aduan mereka," kata Setiausaha Keselamatan Awam, Joao Eloy.

Namun, sebahagian daripada tuntutan tersebut seperti menukar warden penjara tidak dapat dipertimbangkan.

Seperti kebanyakan negara Amerika Latin lain, penjara-penjara di Brazil adalah sesak. Situasi itu diburukkan lagi oleh gejala rasuah dalam kalangan pegawai dan penguasaan kumpulan penjenayah di dalam penjara. - AFP

Cobain hasilkan album ketika bunuh diri

Posted:

Cobain hasilkan album ketika bunuh diri

Cobain hasilkan album ketika bunuh diri


AKSI penyanyi kumpulan Nirvana, Kurt Cobain ketika mengadakan konsert di Seattle, Amerika Syarikat pada 13 Disember 1993.


WASHINGTON, Amerika Syarikat (AS) - Vokalis utama kumpulan Nirvana, mendiang Kurt Cobain menghasilkan sebuah album solo ketika dia membunuh diri pada tahun 1994, dedah seorang bekas pemain gitar kumpulan Hole, Eric Erlandson.

Dia berkata demikian dalam satu temu bual bersama saluran televisyen muzik Fuse.

Erlandson, 49, ialah bekas anggota kumpulan Hole yang ditubuhkan oleh balu Cobain, Courtney Love.

"Itu yang benar-benar sedang dilakukannya, sebuah album solo tetapi dia juga bekerja dengan orang lain," kata Erlandson.

Menurutnya, Cobain menulis dan menghasilkan beberapa lagu mengatasi karyanya sebelum ini.

"Ia mungkin White Album. Saya begitu teruja dengan sesetengah lagu yang dihasilkannya.

"Saya pernah melihat dia menyanyikan lagu itu di depan saya. Sebab itulah saya amat sedih apabila dia meninggal dunia," tambah Erlandson.

Erlandson berkata demikian kepada Fuse minggu lalu selepas dia menerbitkan sebuah buku mengenai hubungannya dengan Cobain berjudul Letters to Kurt.

Katanya, sebuah album Cobain daripada beberapa rakaman demo masih boleh diterbitkan.

Cobain membunuh diri pada usia 27 tahun ketika kemuncak kejayaan kumpulan muzik grunge itu. - AFP

Tiada ulasan:

Catat Ulasan