Utusan Online - Luar Negara |
Posted: Siapa bertanggungjawab?Oleh MUHAMMAD ZULKIFLI SAINUDDIN Pekerja menyelamat memadamkan sisa-sisa kebakaran akibat letupan bom kereta di Yala, selatan Thailand, kelmarin. – REUTERS KETEGANGAN di selatan Thailand kembali memuncak sejak kebelakangan ini apabila serangan berdarah dilaporkan berlaku hampir setiap hari. Setakat ini, lebih 5,000 orang dilaporkan terbunuh akibat keganasan di tiga wilayah di selatan negara itu iaitu di Narathiwat, Pattani dan Yala sejak ia mula tercetus pada Januari 2004. Namun, serangan yang menggegarkan wilayah Yala dan Songkhla, kelmarin yang mengorbankan 14 orang termasuk seorang rakyat Malaysia dan mencederakan lebih 500 yang lain disifatkan yang terburuk dalam tempoh beberapa tahun. Setakat ini, tidak ada pihak yang mengaku bertanggungjawab melakukan serangan tersebut, walaupun pihak keselamatan Thailand sering 'menuding jari' kepada puak pemisah selatan Thailand. ...Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini. |
Posted: Rakyat Myanmar mengundiAung San Suu Kyi bersalam dengan seorang penyokong semasa dalam perjalanan menemui pengundi di kawasan Parlimen Kawhmu, semalam. – AFP KAWHMU, Myanmar 1 April – Rakyat Myanmar, hari ini keluar mengundi dalam pilihan raya kecil Parlimen, yang dilihat bakal memberikan kemenangan kepada pemimpin pro-demokrasi, Aung San Suu Kyi, Sekumpulan penyokong dan wartawan menyerbu Suu Kyi, 66, ketika beliau melawat pos-pos pengundian di kawasan luar bandar Kawhmu tempat pemimpin pembangkang itu bertanding, ketika pengundi beratur bagi menunggu giliran masing-masing untuk mengundi. Liga Kebangsaan bagi Demokrasi (NLD) yang dipimpin Suu Kyi, bertanding di 44 daripada 45 kerusi yang dipertandingkan dalam pilihan raya kecil tersebut. Pos-pos pengundian mula dibuka pada pukul 6 pagi (7.30 pagi waktu Malaysia) dan ditutup pada kira-kira pukul 4 petang (5.30 petang waktu Malaysia) dengan lebih enam juta pengundi yang layak mengundi dijangka keluar mengundi. ...Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Luar Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan