Kosmo Online - Dunia |
Posted: Serangan berdarah di Yala
YALA, Selatan Thailand – Sebelas orang maut manakala puluhan yang lain cedera dalam tiga serangan bom di bandar ini, kata pihak tentera. Siri letupan itu menggegarkan pusat bandar ini selang beberapa minit sekitar tengah hari semalam. "Sebelas orang disahkan terbunuh, lebih 110 lagi cedera dalam letupan bom di Yala," kata jurucakap pasukan tentera selatan Thailand, Kolonel Pramote Promin. "Tiga buah bom meletup dengan serangan pertama melibatka sebuat trak berisi bom disususli letupan bom kereta 20 minit kemudian manakala bom ketiga disembunyikan dalam motosikal," tambahnya.. Beberapa rumah kedai di sekitar lokasi kejadian terbakar dengan sejumlah kereta dan motosikal turut rosak dalam letupan kuat berkenaan. Seorang anggota polis di sini turut memberitahu, lebih 50 mangsa yang cedera telah dihantar ke hospital. "Bom-bom tersebut meletup selang 10 minit," katanya. Pramote berkata, sebutir bom kecil meletup di sebuah kedai makan di daerah Mae Lan, dalam wilayah Pattani tetapi beliau masih belum menerima maklumat sama ada berlaku kemalangan jiwa dalam letupan tersebut. Sejak 2004, selatan Thai yang bersempadan dengan Malaysia digegarkan dengan insiden tembakan dan serangan bom yang meragut ribuan nyawa manusia dan berlaku hampir setiap hari. – AFP | |
Loteri RM1.95 bilion sudah ada pemenang Posted: Loteri RM1.95 bilion sudah ada pemenangORANG RAMAI beratur untuk membeli tiket loteri Mega Millions di sebuah kedai serbaguna di Los Angeles kelmarin. NEW YORK, Amerika Syarikat (AS) – Hadiah loteri terbesar di dunia berjumlah AS$640 juta (RM1.95 bilion) dilaporkan telah dimenangi oleh sekurang-kurangnya seorang pemenang semalam dengan media tempatan menyatakan, tiket bertuah itu dijual di negeri Maryland. Nombor kemenangan tersebut - 2, 4, 23, 38, 46 dan 23 diumumkan di sini pada pukul 11 pagi waktu AS. Namun, firma yang mengendalikan loteri berkenaan, Mega Millions masih belum membuat pengumuman rasmi mengenainya. Saluran televisyen AS, MSNBC memetik kenyataan seorang pegawai loteri di negeri Maryland apabila melaporkan berhubung kemenangan tersebut. Akhbar Washington Post yang menggunakan sumber sama, melaporkan tiket kemenangan itu dijual di daerah Baltimore. Bagaimanapun, masih belum jelas setakat ini sama ada tiket loteri di Maryland itu merupakan satu-satunya tiket kemenangan loteri berkenaan. Beberapa pakar menyatakan, ia mungkin mengambil berhari-hari malah, hingga beberapa minggu sebelum seseorang tampil untuk menuntut hadiah cepumas itu ekoran pemenang biasanya akan berbincang mengenai aspek perundangan dengan peguam mereka sebelum mengambil hadiah. Sebanyak 176 juta tiket atau lebih 2 tiket loteri berkenaan bagi setiap warga AS telah dijual di kedai serbaguna dan kios di seluruh negara. Peluang untuk memenangi loteri berkenaan pula ialah satu dalam 176 juta. "Saya tahu peluang untuk menang tipis tetapi jika saya menang, saya akan berpindah ke New Zealand kerana terdapat lebih banyak kambing daripada manusia di negara itu. Terlalu ramai orang di New York," kata seorang imigran Romania, Cosmin Barbos, 37 selepas membeli tiket loteri Mega Millions. Satu tiket loteri itu berharga AS$1 (RM3.06) Pemenang boleh memilih untuk mengambil wang tunai serta-merta atau menerima wang tersebut menerusi 26 pembayaran tahunan. Hadiah cepumas tersebut akan ditolak sejumlah cukai negeri dan persekutuan AS. Cepumas berkenaan meningkat kepada AS$640 juta selepas tiada pemenang untuk loteri berkenaan sejak cabutan pada 24 Januari lalu. Mengulas mengenai loteri tersebut, akhbar tempatan Kansas City Star menyatakan, cepumas itu mencukupi untuk membeli sebuah pesawat Boeing 787 Dreamliner bersama sebuah pulau persendirian di Thailand. Namun, beberapa akhbar lain pula melaporkan tentang nasib malang yang menimpa empat pemenang loteri cepumas di AS sebelum ini. Ia termasuk kisah Jack Whittaker yang memenangi AS$315 juta (RM964.5 juta ) pada 2002 tetapi wang kemenangannya tidak kekal lama akibat dicuri dan sifatnya yang gemar berbelanja mewah. – AFP |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan