Kosmo Online - Dunia |
- Bakal bangunan tertinggi Eropah terbakar
- 'Universiti ganja' diserbu
- Willis dapat anak pada usia 57 tahun
Bakal bangunan tertinggi Eropah terbakar Posted: Bakal bangunan tertinggi Eropah terbakar
MOSCOW - Tingkat teratas bangunan pencakar langit Vostok yang dalam pembinaan di sini terbakar kelmarin. Ia akan menjadi bangunan tertinggi di Eropah jika siap dibina sepenuhnya pada tahun 2013. Beberapa buah helikopter digunakan untuk memadamkan kebakaran dengan menggunakan air yang diambil dari sebuah sungai berdekatan. Menara Vostok itu jika siap akan memiliki ketinggian 360 meter. Bahagian yang terbakar itu di tingkat 65. Ia akan mempunyai 95 tingkat jika siap sepenuhnya. Pemilik bangunan berkenaan, Sergei Polonsky memberitahu saluran televisyen Rusia, 24, tiada kecederaan berlaku atau risiko struktur itu runtuh. Beliau memberitahu, api merebak dengan cepat ke tingkat atas ekoran angin bertiup kencang. Vostok terdiri daripada bangunan menara berkembar yang dikenali sebagai Kompleks Persekutuan apabila menara kedua, Zapad atau Barat siap kelak. Punca kejadian masih belum didedahkan. - Agensi | |
Posted: 'Universiti ganja' diserbuBEBERAPA ejen mengawal pintu masuk ke Universiti Oaksterdam di Teluk San Francisco, Oakland kelmarin. OAKLAND, Amerika Syarikat (AS) - Sejumlah ejen Persekutuan AS kelmarin menyerbu Universiti Oaksterdam di Teluk San Francisco kerana menyediakan kelas penanaman dan perniagaan ganja. Universiti Oaksterdam itu sebelum ini giat berkempen supaya ganja dibenarkan di AS. Serbuan itu dilakukan oleh ejen-ejen Perkhidmatan Hasil Dalam Negeri (IRS) dan Pentadbiran Penguatkuasaan Dadah AS. Universiti Oaksterdam itu diasaskan oleh Richard Lee. Seorang jurucakap IRS, Arlette Lee memberitahu wartawan bahawa mereka melakukan serbuan selepas memperoleh waran geledah persekutuan. Namun, dia enggan mengulas secara terperinci tentang tujuan serbuan tersebut dilakukan. "Tempat ini telah ditutup," katanya. Ejen-ejen itu turut menyerbu rumah Lee dan menahannya seketika semasa serbuan dilakukan tetapi lelaki berkenaan tidak ditangkap. - Agensi | |
Willis dapat anak pada usia 57 tahun Posted: Willis dapat anak pada usia 57 tahunGAMBAR fail menunjukkan Willis dan isterinya, Heming-Willis. LOS ANGELES - Pelakon veteran Hollywood, Bruce Willis menjadi bapa sekali lagi pada usia 57 tahun selepas isteri keduanya, Emma Heming-Willis selamat melahirkan seorang bayi perempuan yang juga merupakan anak pertama buat mereka, kata seorang jurucakap pasangan itu kelmarin. Menurutnya, pereka dan model, Heming-Willis, 33, telah melahirkan bayi yang diberi nama Mabel Ray Willis pada Ahad lalu di sini. Jurucakap itu berkata, mereka sangat gembira menyambut kehadiran ahli keluarga baharu itu. "Ibu dan bayi itu sihat. Berat bayi itu 4.08 kilogram," katanya. Willis yang sudah berkahwin dengan pereka dan model itu sejak tiga tahun lalu sebelum ini telah mempunyai tiga anak perempuan, Rumer, 23, Scout, 20, dan Tallulah Belle, 17, hasil perkahwinan pertamanya dengan aktres Demi Moore. Pelakon itu berkahwin dengan Heming-Willis pada Mac 2009. - AFP |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan