Berita Harian: Dunia |
150 askar tertimbus belum ditemui Posted: 07 Apr 2012 01:36 PM PDT Dunia GAMBAR fail menunjukkan askar Pakistan membawa barangan ke kawasan Himalaya yang menempatkan pangkalan tentera. ISLAMABAD: Beratus-ratus anggota tentera Pakistan bertungkus-lumus melakukan kerja menggali di pangkalan tentera Gyari dekat glasier Siachen, bagi mencari sekurang-kurangnya 150 askar yang dipercayai tertimbus dalam kejadian salji runtuh semalam. Selepas lebih 12 jam usaha menyelamat secara besar-besaran dijalankan, tiada mangsa ditemui selamat. "Kami masih menanti dan berharap mendapat berita baik. Tentera, anjing pengesan dan peralatan mekanikal dikerah ke tempat kejadian tetapi masih gagal menghampiri lokasi yang ditimbus salji sedalam 21 meter. Kawasan runtuhan terlalu luas," kata jurucakap tentera Pakistan, Mejar Jeneral Athar Abbas. "Kami masih menanti dan berharap mendapat berita baik. Tentera, anjing pengesan dan peralatan mekanikal dikerah ke tempat kejadian tetapi masih gagal menghampiri lokasi yang ditimbus salji sedalam 21 meter. Kawasan runtuhan terlalu luas," kata jurucakap tentera Pakistan, Mejar Jeneral Athar Abbas.Siachen terletak di bahagian utara wilayah Kashmir yang dituntut oleh India dan Pakistan. Sekurang-kurangnya 150 askar Pakistan dikhuatiri tertimbus hidup-hidup dalam kejadian semalam. Laporan menyatakan salji runtuh dan menimbus ibu pejabat batalion tentera Pakistan di Gyari, dekat glasier Siachen, kira-kira jam 6 pagi waktu tempatan. India dan Pakistan menempatkan beribu-ribu askar di wilayah itu. Tentera kedua-dua negara berkawal pada ketinggian hingga 6,700 meter (22,000 kaki) kawasan yang dianggap paling mencabar berikutan suhu dingin dan tiupan angin kencang berterusan hingga beberapa bulan. Perdana Menteri Yousuf Raza Gilani melahirkan rasa terkejut dengan kejadian itu dan menegaskan, kejadian itu tidak akan menjejaskan semangat tinggi tentera. – Reuters |
Posted: 07 Apr 2012 01:31 PM PDT Dunia ASKAR kerajaan Yaman yang belot menguasai protes menuntut penstrukturan semula unit keselamatan negara itu di Sanaa. SANAA: Lapangan terbang di ibu negara Yaman ditutup semalam selepas tentera yang setia kepada jeneral yang dipecat dan rapat dengan bekas Presiden Ali Abdullah Saleh mengepung dan mengancam menembak jatuh pesawat. Lapangan terbang itu dikepung tentera setia kepada Ketua Tentera Udara Jeneral Mohammed Saleh al-Ahmar, adik tiri Saleh yang enggan berundur selepas dipecat Presiden Abdrabuh Mansur Hadi, kata sumber. Tiada pesawat berlepas atau mendarat sejak anggota pasukan itu membuat ancaman Jumaat lalu. - Sumber tentera "Tiada pesawat berlepas atau mendarat sejak anggota pasukan itu membuat ancaman malam Jumaat lalu," kata sumber dan menambah tentera yang mengepung lapangan terbang disokong anggota puak Hamdan yang menyokong bekas pemimpin Yaman, Saleh.Pasukan tentera yang belot itu diketuai ketua puak Hamdan, Naji Jamaan, tambah sumber. Pada Khamis lalu, Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu melahirkan kebimbangan mengenai kejadian terbaru di Yaman selepas penyokong Saleh didakwa mengganggu proses peralihan politik. Ahmar enggan berganjak kecuali beberapa pegawai kanan Kementerian Pertahanan termasuk menteri sendiri turut berundur, kata sumber tentera. Beliau juga menuntut beberapa anggota puak berpengaruh Hashed supaya dibuang negeri kerana menyokong pemimpin berpaling tadah seperti Jeneral Ali Mohsen semasa protes anti rejim tahun lalu. Ramai rakan Saleh masih berkuasa dalam badan keselamatan di Yaman dan sudah ada gesaan dalam pasukan tentera udara supaya Ahmar berundur. Kelmarin, Hadi memecat ketua tentera udara dan ketua pengawal presiden serta anak saudara Saleh, Jeneral Tareq Mohammed Abdullah Saleh. Sumber tentera berkata, Saleh sudah menolak untuk memimpin batalion ke-37 Pengawal Republikan berpangkalan di tenggara wilayah Hadramawt. Hadi mengambil alih pemerintahan daripada Saleh pada Februari lalu selepas pemimpin veteran yang sudah memerintah selama 33 tahun, menyerahkan kuasa sebagai sebahagian penyelesaian yang ditaja negara Teluk bagi mengakhiri kekerasan pemerintah terhadap bantahan awam. – AFP |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan