Kosmo Online - Dunia |
Pelajar Malaysia dapat keadilan Posted: Pelajar Malaysia dapat keadilan
LONDON, United Kingdom (UK) - Dua lelaki didapati bersalah merompak pelajar Malaysia, Ashraf Rosli dengan berpura-pura membantunya dalam insiden rusuhan di sini pada musim panas tahun lalu, lapor portal berita Perbadanan Penyiaran Britain (BBC) kelmarin. Ashraf, 20, baru sebulan berada di UK apabila dia diserang di Barking ketika rusuhan berlaku di sini pada 8 Ogos tahun lalu. Sebelum itu, pelajar jurusan perakaunan tajaan Majlis Amanah Rakyat (Mara) dari Kuala Lumpur itu sedang berbasikal ke rumah seorang rakannya di sini apabila dia ditumbuk sehingga menyebabkan rahangnya patah, manakala basikalnya turut dilarikan. Ketika dia terbaring cedera, John Kafunda, 22, dari Ilford dan pemuda Romford, Reece Donovan, 24, mencuri beberapa barangan di dalam beg mangsa, termasuk sebuah konsol permainan video bersama 10 permainan video bernilai sekitar £500 (RM2,376). Kedua-duanya didapati bersalah di Mahkamah Diraja Wood Green di sini pada minggu ini kerana melakukan rompakan dan berkelakuan ganas. Hukuman terhadap mereka akan diputuskan pada 13 Mac ini. Donovan turut didapati bersalah kerana mencuri dan melakukan rompakan. Kejadian tersebut yang dirakam dengan menggunakan telefon bimbit dan disiarkan di laman YouTube, telah mencetuskan kemarahan orang ramai. "Saya sedar mereka menyamun saya tetapi saya tidak dapat berbuat apa-apa," Rosli memberitahu mahkamah berkenaan. Pada 16 Februari lalu, suspek ketiga, Beau Isagba, 17, didapati bersalah menyerang Ashraf dan mencuri basikal mangsa. Mahkamah akan memutuskan hukuman terhadap remaja berkenaan pada 9 Mac ini. - Agensi | |
Posted: Satu kampung kena lelongGAMBAR bertarikh 28 Februari menunjukkan perkampungan Saint Nicolas Courbefy di tengah Perancis. PARIS - Satu lelongan akan diadakan pada 21 Mei depan bagi menjual sebuah perkampungan terbiar di Perancis . Kampung Saint Nicolas Courbefy yang terletak sekitar 450 kilometer ke barat daya ibu kota Perancis itu dirampas bank tempatan, Credit Agricole awal bulan ini selepas pemilik-pemiliknya gagal membayar ansuran bulanan mereka. Terdiri daripada beberapa bangunan terbiar, sebuah kandang kuda, gelanggang tenis dan kolam renang, ia dahulunya merupakan sebuah pusat peranginan yang turut mengandungi hotel mewah, kolam renang dan restoran. Peguam Credit Agricole, Paul Gerardin kelmarin memberitahu, lelongan akan diadakan ekoran cuma seorang pembeli yang melahirkan minat membeli kampung itu. Menurut Gerardin, setakat ini pejabatnya menerima lebih 100 panggilan termasuk dari China dan Qatar untuk menyertai lelongan berkenaan. Namun katanya, pembeli yang berminat perlu menyerahkan deposit harga permulaan sebanyak 330,000 euro (RM1.3 juta) untuk menyertai lelongan itu. - Agensi | |
Dunia kurang ahli Parlimen wanita Posted: Dunia kurang ahli Parlimen wanitaPERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU (PBB) - Bilangan wanita di Parlimen seluruh dunia adalah kecil dan membimbangkan, menurut laporan sebuah pertubuhan Parlimen global kelmarin. Dalam laporan bertajuk Women in Parliament 2011, Kesatuan Antara Parlimen menyatakan, cuma 21.8 peratus kerusi Parlimen di seluruh dunia diduduki oleh wanita pada tahun lalu, sama seperti tahun sebelumnya. "Kesungguhan politik dan pelaksanaan langkah-langkah spesifik perlu ada bagi memecah kebuntuan penyertaan wanita dalam politik," kata kesatuan berkenaan dan unit kesaksamaan gender PBB dalam satu kenyataan bersama. Menurut kenyataan sama, masalah berkenaan disebabkan kurang bilangan wanita yang bertanding dalam pilihan raya. - Reuters |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan