Ahad, 4 Mac 2012

Harian Metro: Global

Harian Metro: Global


2 wartawan Perancis selamat pulang

Posted: 03 Mar 2012 12:55 PM PST

PARIS: Tentera Syria seolah-olah mensasarkan wartawan yang membuat liputan di Homs, kata wartawan Perancis Edith Bouvier dan jurugambar William Daniels, selepas berjaya melarikan diri dari bandar yang dikepung itu.

Menurut laporan akhbar Figaro, mereka berkata, "Terdapat sekurang-kurangnya lima letupan, sangat hampir. Kami rasa seperti mereka mensasarkan kami."

Satu serangan roket pada 22 Februrari lalu di kawasan Baba Amr di Homs, menyebabkan seorang jurugambar Perancis, Remi Ochlick dan wartawan veteran Sunday Times, Marie Colvin terbunuh dan mencederakan Edith dan seorang lagi jurugambar, Paul Conroy.

Pendakwa raya di Paris, mula menyiasat serangan itu.


Sementara itu, mayat Ochlick dan Marie dikenal pasti secara rasmi di Damsyik oleh duta Perancis dan Poland.


Edith, wartawan Le Figaro mengalami tulang kaki retak akibat serangan roket di pusat media sementara di Baba Amr.

Edith, 31 dan Daniels, 34, diseludup keluar dari Syria ke Beirut oleh aktivis dan disambut oleh ahli keluarga dan Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy sebaik saja mereka tiba di lapangan terbang tentera Perancis, dekat Paris, semalam.

Kedua-dua wartawan itu menceritakan pengalaman ngeri roket tentera Syria yang dihamburkan ke arah "pusat media" sejak 22 Februari lalu.

"Aktivis Syria yang bersama kami, sudah biasa dengan serangan ini dan terus tahu bahayanya. Mereka memberitahu kami supaya meninggalkan tempat itu serta merta," kata Edith.

Marie dan Ochlik adalah yang pertama keluar. Sebuah peluru berpandu meletup di hadapan pusat media.

"Letupan itu sangat kuat, Marie Colvin dan Remi Ochlik berada di tengah-tengah impak letupan itu. Mereka mati di tempat kejadian," kata laporan akhbar itu.

Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah beberapa kali cuba menyelamatkan mereka yang selamat tetapi tidak berjaya membawa wartawan Barat keluar kerana rejim tentera Syria terus membedil menyebabkan tentera pemberontak mengundurkan diri.

Kedua-dua wartawan Perancis itu terperangkap selama beberapa hari, walaupun anggota Askar Pembebesan Syria berjaya membawa keluar Conroy dan seorang wartawan Sepanyol, Javier Espinosa yang cedera, dari negara itu ke Lubnan. - AFP



Pilihan raya kampung paling telus

Posted: 03 Mar 2012 12:54 PM PST

WUKAN (China): Penduduk kampung di tenggara China yang melucutkan jawatan ketua mereka kerana dituduh mencuri tanah pertanian penduduk, mula mengundi untuk mencari ketua baru.

Mereka berharap, 'pilihan raya' ini akan menetapkan satu standad dalam menyelesaikan masalah pertikaian yang berlarutan melanda negara itu.

Huang Jingi, 63, adalah seorang daripada penduduk kampung yang membuang undi, semalam.

Katanya, pembuangan undi berjalan lancar dan telus.


China membenarkan pilihan raya kampung dibuat sejak tiga dekad lalu tetapi ketua Parti Komunis, mereka yang memegang kuasa sebenar, selalunya akan cuba masuk campur dalam keputusan undian.


Pilihan raya yang dibuat di Wukan ini dilihat sebagai satu daripada pilihan raya bebas dapat dibuat di negara itu. - AP



Tiada ulasan:

Catat Ulasan