Berita Harian: Dunia |
Posted: 17 Feb 2012 03:22 PM PST Dunia MANGSA tsunami yang terselamat, Tsuyako Kumagai bersama robot terapeutik Paro yang dipamerkan di kawasan perumahan sementara Kesennuma, Miyagi semalam. Robot berteknologi tinggi itu menjadi penawar hati kepada penduduk rumah sementara di bandar pelabuhan Kesennuma, kawasan paling teruk terjejas dalam bencana yang membunuh 19,000 orang. Dinamakan Paro, robot itu ditawarkan kepada penduduk yang kehilangan tempat tinggal dan menarik perhatian dengan bunyi bising dan sirip yang bergerak sirip apabila disentuh manusia. "Ia sangat comel. Ia berbunyi apabila saya menggosoknya. Disebabkan tsunami, tidak banyak tinggal permainan yang tinggal untuk kami main," kata Kosei Oyama, 10.Tsuyako Kumagai, suri rumah berusia 47 tahun, berkata rakannya di stadium besbol yang dijadikan rumah sementara itu gembira dengan kehadiran Paro sebagai pengganti kepada haiwan peliharaan yang dihanyutkan tsunami. "Ramai jiran saya tidak mahu memiliki haiwan peliharaan baru kerana mereka tidak mahu mengingatinya. Bagi mereka, haiwan peliharaan adalah sebahagian keluarga," katanya. Bagi ramai mangsa, keadaan semakin baik berbanding sebelum ini tetapi masih jauh daripada sempurna.
Onodera kini tinggal dengan ibunya di rumah sementara dan berasa terpencil daripada masyarakat. "Ketika berada dalam khemah perlindungan, ramai yang tinggal bersama tetapi sejak berpindah ke rumah sementara, kami terpisah dan berdepan masa sukar. "Jadi, seronok memiliki tempat seperti ini supaya kami boleh sembuh secara mental," katanya merujuk kepada bangunan komuniti yang menempatkan Paro untuk pinjaman jangka panjang. Robot yang dilengkapi dengan penapis audio, sudah digunakan di hospital dan rumah kebajikan sebagai bantuan terapeutik bagi warga emas yang berdepan masalah kemurungan atau nyanyuk. Penganjur skim turut menawarkan bantuan lain kepada mangsa bencana termasuk robot senaman dan prototaip memicit kepala berteknologi tinggi malah menugaskan android di meja penyambut tetamu. "Penting bagi penduduk untuk mengekalkan komunikasi," kata Kazuhiro Kojima, penyelidik di Industri Lanjutan Sains dan Teknologi, institusi penyelidikan umum yang menghasilkan Paro. Peningkatan mendadak bilangan penduduk yang menderita kemurungan dan masalah kesihatan mental direkodkan berikutan gempa bumi Kobe pada tahun 1995, dengan kehilangan rumah dikenal pasti kunci utama kesengsaraan. – Agensi |
Situasi Libya masih kacau bilau Posted: 17 Feb 2012 03:05 PM PST Dunia RAKYAT Libya mengibarkan bendera negara ketika menyambut ulang tahun pertama revolusi menentang pemerintahan pemimpin diktator Muammar Gaddafi di Benghazi semalam. TRIPOLI: Ketika Libya menyambut ulang tahun pertama permulaan kebangkitan menentang Muammar Gaddafi semalam, militia bersenjata adalah kumpulan yang memegang kuasa sebenar di negara itu. Kerajaan yang mengambil alih pemerintahan diktator sejak sekian lama sebahagian besarnya tidak berfungsi, gagal mengalahkan pejuang, membangunkan semula institusi yang hancur atau menghentikan rasuah yang kian berleluasa. Seorang militia mengawal lapangan terbang manakala yang lain mengelilingi kejiranan di ibu kota Libya ini sehingga ke kubu mereka.Mereka bertembung di jalanan, menakutkan penduduk dan menahan orang awam dalam penjara buatan di mana siksaan dikatakan berleluasa. Militia revolusi adalah wira Libya, yang berjaya mengusir Gaddafi dan kini mengawal keselamatan di jalanan ketika polis dan tentera seolah-olah tidak wujud. Mereka menegaskan tidak akan meletak senjata kepada kerajaan yang terlalu lemah, terbabit amalan rasuah berleluasa dan dikhuatiri akan mengembalikan Libya kepada pemerintahan diktator.
Ahli politik Libya, Al-Mukhtar al-Akhdar menyalahkan militia kerana menyebabkan huru-hara di negara itu dan tidak berbuat apa-apa untuk membawa perubahan sebenar. "Mereka percaya revolusi tiada tempat di Libya kini," kata al-Akhdar yang pernah memiliki syarikat pelancongan di Zintan. – AP |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan