Isnin, 30 Januari 2012

Harian Metro: Global

Harian Metro: Global


Vogue Turki tanpa seks, pornografi

Posted: 29 Jan 2012 08:54 AM PST

ANKARA: Sebuah majalah untuk Muslimah moden dan peka terhadap fesyen membuktikan ia boleh dijual tanpa memaparkan gambar seksi atau mendedahkan tubuh.

Semuanya bermula apabila Ibrahim Burak Birer berang melihat gambar pondan dalam sebuah majalah dan memutuskan untuk mencipta majalah di Istanbul yang 'mencabar' gambar lucah.


Bersama rakannya, Mehmet Volkan Atay, 32, Ibrahim menerbitkan majalah Ala yang digambarkan sebagai penerokaan baru terhadap fesyen bertudung.

Ala - bermaksud "paling cantik" - hanya memaparkan model bertudung dan mengiklankan pakaian yang bersesuaian dengan kehendak Islam.


Menurut Ibrahim, majalah Barat seperti Cosmopolitan, Elle, Vogue dan Marie Claire hanya memaparkan isu seks dan gambar lucah.


"Slogan mereka ialah: Seks boleh melariskan.

"Bagaimanapun, kami dan jutaan wanita di seluruh dunia percaya, fesyen tidak semestinya begitu," katanya.


Walaupun baru mengeluarkan enam edisi, majalah Ala begitu berjaya dan Ibrahim, 31, dan rakannya memutuskan untuk meningkatkan pengedaran beberapa kali ganda.

Ketika ini, Ala mempunyai edaran 30,000 naskhah setiap edisi dan kira-kira 5,000 dilanggan dari luar Turki.


Mehmet berkata, mereka tidak mempunyai pengalaman menerbitkan majalah sebelum ini.


"Kami berkecimpung dalam bidang pemasaran. Kami mahir memahami kehendak pasaran," katanya kepada SpiegelOnlilne, semalam.


Menurut Mehmet, 1,500 langganan itu dihantar ke Jerman dan mendapat sambutan hangat di kalangan penduduk keturunan Turki.


Menyedari keadaan itu, Ibrahim dan Mehmet bercadang untuk menerbitkan Ala edisi Jerman pada masa depan.


"Ia bukan produk untuk Muslim saja, sebaliknya akan dipasarkan kepada wanita pelbagai agama kerana gerakan 'memerangi kelucahan' penting kepada wanita," katanya.


Dijual pada harga 9 lira (RM15.30), Ala dianggap sebagai majalah Vogue untuk wanita bertudung oleh majalah Radikal Jerman. - DM



Full content generated by Get Full RSS.

Krasnodar perkenal kotak ‘buang’ bayi

Posted: 29 Jan 2012 08:51 AM PST

MOSCOW: Wilayah Krasnodar menjadi kerajaan tempatan pertama memperkenalkan kotak khas untuk meninggalkan bayi di Russia sejak November lalu, lapor media semalam.

Berada di selatan Russia, Krasnodar menyediakan lima kotak berkenaan bagi membolehkan mana-mana ibu yang tidak mahukan anak mereka menyerahkannya kepada pihak yang berkenaan tanpa dikenali.


Tiga kotak pertama dipasang di Sochi, Novorossiysk dan Armavir.

Menjelang akhir bulan, seorang bayi perempuan ditinggalkan di situ.


Ketua Jabatan Kesihatan Krasnodar, Elena Redko, berkata langkah itu diambil bagi menyediakan perlindungan untuk bayi tidak dikehendaki.


"Ia lebih baik daripada bayi terbabit ditinggalkan dalam tong sampah," katanya.

Menurut Elena, bayi perempuan itu kini sihat dan diserahkan kepada pegawai penjagaan kanak-kanak.


"Saya rasa dia akan diambil sebagai anak angkat tidak lama lagi kerana di wilayah ini, tak ramai bayi dan berbanding keluarga yang mahukannya," katanya. Langkah itu menyusuli tindakan sebuah badan kebajikan kanak-kanak Afrika Selatan yang memperkenalkan pusat penyerahan bayi tahun lalu.

Disediakan Tabung Kanak-kanak Out of Africa, ia dipasang di pusat komuniti di Cape Town bagi membolehkan mana-mana ibu meninggalkan bayi mereka tanpa memperkenalkan diri. - DM



Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan