Ahad, 8 Januari 2012

Berita Harian: Dunia

Berita Harian: Dunia


Remaja UAE godam Israel

Posted: 08 Jan 2012 12:44 PM PST

Dunia

MESEJ OxOmar kepada Israel menjelaskan motif menggodam maklumat penduduk Yahudi.

MESEJ OxOmar kepada Israel menjelaskan motif menggodam maklumat penduduk Yahudi.

'OxOmar' digelar pengganas janji terus dedah maklumat warga Yahudi

BAITULMAQDIS: Media Israel mendedahkan penggodam yang menyiarkan maklumat peribadi beribu-ribu warga negara Yahudi sebenarnya seorang rakyat Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang beroperasi di Mexico dan berusia 19 tahun menyebabkan Tel Aviv menyifatkannya sebagai pengganas dan memberi amaran akan mengambil tindakan balas.

Akhbar Haaretz mendedahkan temu ramah menerusi emel dengan penggodam itu yang menamakan dirinya 'OxOmar' yang sebelum ini dilaporkan sebagai bekerja di Arab Saudi.

Israel serang penduduk Palestin yang tidak berdosa. - OxOmar, Penggodam

Laman web Israel, Ynet, sebelum ini memetik OxOmar menjelaskan perbuatannya menggodam maklumat di Yahudi itu atas alasan:

"Israel menyerang dan membunuh penduduk Palestin yang tidak berdosa, perbuatan mereka adalah pembunuhan beramai-ramai dan melanggar undang-undang antarabangsa.

"Tindakan menyakitkan hati orang yang menakluki tanah orang lain dan mencederakan mereka bukan perbuatan yang tidak baik, ia satu pembalasan dendam."
Khamis lalu, OxOmar berkata dia sudah membocorkan maklumat peribadi lebih 400,000 penduduk Israel.
Syarikat kad kredit berkata, 25,000 nombor sesetengahnya sudah luput tarikh, didedahkan Jumaat lalu. Dia juga berikrar mendedahkan semua maklumat kad kredit penduduk Yahudi yang ada padanya sebanyak 1,000,000 orang.

Mengulas perkembangan terbaru, Israel berkata, pendedahan online maklumat kad kredit penduduknya adalah perbuatan sama seperti melakukan keganasan dan berjanji untuk memburunya.

Seorang pembantu Timbalan Menteri Luar Danny Ayalon, Lital Shochat, berkata Israel sedar mengenai laporan itu namun belum meminta bantuan pihak berkuasa Mexico.

"Serangan siber itu satu pelanggaran kedaulatan Israel, sama seperti operasi pengganas dan perlu ditangani dengan sewajarnya," kata Ayalon.

Dalam usaha mengumpan 'OxOmar' melakukan kesilapan, beliau berkata, Israel tidak menolak kemungkinan ia dilakukan kumpulan lebih terancang dan canggih, bukan oleh belia bersendirian.

"Israel mempunyai keupayaan menyerang mereka yang cuba mengancamnya dan tiada agensi atau penggodam kebal daripada tindakan balas," katanya.

Kecurian data itu jelas memfokuskan kepada laman web komersial dan antara yang terburuk pernah dihadapi Israel.

Ketika pegawai kerajaan dan syarikat kad kredit berkata kerosakan kewangan adalah kecil, pelanggaran dialu-alukan kumpulan militan Palestin, Hamas dan menambah kebimbangan berhubung potensi maklumat dicuri oleh musuh negara Yahudi itu. – Agensi/Reuters

Full content generated by Get Full RSS.

Berdosa jadi ahli Facebook: Ulama Iran

Posted: 08 Jan 2012 12:42 PM PST

Dunia

BELIA Palestin memeriksa akaun Facebook di Ramallah.

BELIA Palestin memeriksa akaun Facebook di Ramallah.

TEHRAN: Seorang ulama Iran menetapkan web media rangkaian sosial popular di seluruh dunia, Facebook bercanggah dengan ajaran Islam sekali gus berdosa menjadi ahlinya kerana menggalakkan peri laku tidak bermoral.

Ulama kanan itu, Ayatollah Lotfollah Safi-Golpaygani memberi pandangannya mengenai Facebook dan keahlian warga negaranya dalam web berkenaan ketika sesi soal jawab dengan agensi berita ISNA, semalam.

"Pada asasnya, perbuatan melayari mana-mana laman web yang menggalakkan peri laku tidak bermoral dan melemahkan pegangan agama bercanggah dengan Islam dan tidak dibenarkan selain menjadi ahli adalah haram. "Hanya penggunaan laman web yang menekankan kriteria agama dan tidak membawa kepada sebarang peri laku atau etika tidak bermoral, tiada masalah," katanya.

Di Iran, biasa bagi ulama kanannya ditanya mengenai dasar isu sosial sama ada ia sejajar dengan nilai Islam. Jawapan mereka akan dianggap sebagai satu peraturan.

Meskipun kerajaan mengenakan banyak sekatan terhadap internet, seramai 17 juta penduduk Iran ahli Facebook, lapor perangkaan rasmi pada 17 Oktober lalu.
Oleh kerana Facebook popular di kalangan generasi muda, pemerhati percaya bilangan penduduk Islam yang mempunyai akaun Facebook lebih tinggi daripada angka itu.
Iran mempunyai 70 juta penduduk, 60 peratus daripada mereka berusia di bawah 30 tahun.

Lebih lima juta laman web dikenakan sekatan di Iran tetapi warga negara itu masih mendapatkan akses menggunakan perisian proksi dan rangkaian persendirian maya (VPN). – Agensi

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan