Utusan Online - Luar Negara |
Posted: Harga minyak boleh melonjakTEHERAN 4 Dis. - Harga minyak akan melonjak ke paras AS$250 (RM750) setong jika Amerika Syarikat (AS) dan Kesatuan Eropah (EU) mengenakan sekatan baru terhadap Iran, kata ketua suruhanjaya ekonomi Parlimen Iran, Arsalan Fathipour. EU pada Khamis lalu meluaskan senarai sekatan terhadap firma-firma dan individu di Iran dan memberi amaran langkah-langkah tambahan sedang dipertimbangkan terhadap sektor kewangan dan minyak Teheran. "Sekiranya AS dan beberapa negara Eropah mengenakan sekatan ke atas sektor minyak dan gas kita, harga minyak global akan mencecah AS$250 setong," kata Fathipour, menurut laporan akhbar Keyhan, hari ini. Dalam pada itu, Kongres AS sedang menimbangkan rang undang-undang yang disasarkan terhadap bank pusat Iran yang menjadi hab bagi menerima bayaran untuk eksport minyak, meskipun White House bimbang Iran mungkin mendapat faedah jika harga minyak melonjak. Sekatan-sekatan yang dipertimbangkan itu, selain sekatan yang diumumkan oleh AS, Britain dan Kanada pada 14 November lalu, bertujuan untuk menekan Iran supaya menghentikan kegiatan nuklearnya yang kontroversi. Harga minyak kelmarin ditutup pada paras AS$100.96 (RM300) setong bagi minyak mentah 'West Texas Intermediate' dan AS$109.94 (RM329) setong bagi minyak mentah 'Brent North Sea'. Pasaran dipengaruhi oleh ketegangan yang meningkat berhubung Iran, iaitu pengeluar kedua terbesar OPEC selepas Arab Saudi, dan situasi ekonomi di AS dan Eropah. "Amerika dan beberapa negara Eropah mahu meletakkan sekatan ke atas industri minyak dan gas kita dalam agenda mereka. "Namun menyebut tentang sekatan sahaja sudah cukup untuk merangsang pasaran minyak dunia dan menyebabkan harga meningkat," kata Fathipour. China, EU, India, Jepun, Korea Selatan dan Turki adalah pelanggan utama bagi eksport minyak Iran. - AFP Full content generated by Get Full RSS. |
Banjir di kawasan perindustrian Bangkok pulih Posted: Banjir di kawasan perindustrian Bangkok pulihBANGKOK 4 Dis. - Perdana Menteri Thailand, Yingluck Shinawatra hari ini memberitahu, lima daripada tujuh kawasan perindustrian di negara ini yang dilanda banjir telah pulih sepenuhnya, manakala Bangkok dan wilayah persekitarannya akan pulih menjelang Tahun Baru ini. "Situasi banjir kini semakin bertambah baik," kata Yingluck semasa rancangan mingguannya di radio hari ini. Menurutnya, banjir telah dipam keluar dari lima kawasan perindustrian di Rojana Industrial Park, Hi Tech Industrial Estate, Bang Pa-in Industrial Estate, Factory Land Industrial Estate di wilayah Ayutthaya dan Bangkadi Industrial Park di wilayah Pathum Thani. Tambahnya, kini hanya tinggal kawasan Saha Rattana Nakorn Industrial Estate di Ayutthaya dan Nava Nakorn Industrial Estate di Pathum Thani yang masih ditenggelami air, tetapi ia dijangka pulih menjelang 20 Disember ini. Yingluck berkata, kawasan Hi Tech dan 40 kilang di Factory Land telah pun menyambung semula operasi pengeluaran Khamis lalu. Pusat Arahan Operasi Bantuan Banjir (FROC) kini turut bekerjasama dengan agensi tempatan untuk mempercepat pengeringan air banjir di Bangkok bagi membolehkan daerah timur pulih menjelang akhir bulan ini.- AGENSI |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Luar Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan