Harian Metro: Global |
Posted: 16 Dec 2011 08:43 AM PST INDIA: Si Kecil Iyoti Amge yang genap 18 tahun semalam, sudah berjaya memenuhi impian besarnya - menjadi wanita terkecil, di dunia. Remaja setinggi 59.7 sentimeter dan mempunyai berat badan lima kilogram ini, berjaya merampas 'takhta' itu daripada seorang wanita Amerika Syarikat, Brigette Jordan yang mempunyai ketinggian 60.96 sentimeter. Dengan gembira, Iyoti berkata, "Sudah menjadi impian saya sejak beberapa tahun untuk dikenali sebagai wanita terkecil dunia. Sekarang saya tidak perlu menunggu lama lagi!" Dia menyambut hari jadinya dengan sebuah kek yang hampir sama besar dengan tubuhnya. Iyoti dari Nagpur India, mengalami penyakit kerdil dinamakan 'achondroplasia' yang menyekat pertumbuhan sejak usianya satu tahun. Masalah pertumbuhan menyebabkan tulangnya rapuh dan menyebabkan dia memerlukan penjagaan untuk seumur hidupnya. Tetapi, Iyoti yang juga seorang pelakon baru tidak akan membiarkan masalah kesihatannya menghalang dia daripada berlakon dalam dua filem Bollywood tahun depan. Katanya, "Saya mahu buatkan orang gembira." Dia mahu dilayan seperti gadis remaja lain. Dia gemar bersolek dan keluar membeli belah bersama rakan-rakannya. Full content generated by Get Full RSS. |
Cas jantung guna pencucuh rokok kereta Posted: 16 Dec 2011 08:40 AM PST LONDON: Seorang bekas fanatik sukan yang mempunyai jantung tiruan terpaksa 'mengecas' jantungnya, terutama ketika perjalanan jauh - dengan menggunakan tempat pencucuh rokok kereta. Chris Marshall, 50, terpaksa membawa beg berisi bateri dan mengecasnya di palam elektrik apabila tidur setiap malam.
Tiga tahun lalu, dia mengalami serangan jantung yang hampir meragut ajalnya dan terpaksa menjalani pembedahan untuk membetulkan jantungnya yang rosak dan injap sempit. Tahun lalu, kapasiti jantungnya menjunam ke 13 peratus dan sejenis peranti dimasukkan ke dalam tubuh untuk berfungsi sebagai jantung tiruan dan mengepam darah ke seluruh tubuhnya.
Dia yang juga seorang jurutera televisyen kabel dari Wembury dekat Plymouth, Devon berkata, "Saya akan mengecas setiap kali ada peluang. "Peranti ini sangat penting untuk saya tetapi baterinya hanya tahan empat jam jadi saya terpaksa mengecas setiap masa. "Apabila saya masuk tidur, saya akan mengecas di palam utama dan sekiranya ia gagal mengecas, jadi nampaknya selamat malam untuk saya." Katanya lagi, "Tenaga saya datang dari bateri ini. Kalau saya memandu ke Cornwall, perjalanan pergi balik saja mengambil masa tiga jam. "Jadi, untuk memastikan saya tidak kehabisan bateri, saya akan mengecas menggunakan pencucuh rokok di kereta. Ia tak jadi masalah selagi saya tak perlu ganti untuk mengecas pemandu arah satelit. "Saya mungkin satu-satunya orang di Britain yang terpaksa mengecas dirinya menggunakan pencucuh rokok kereta," katanya. Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Global To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan