Sabtu, 17 Disember 2011

Berita Harian: Dunia

Berita Harian: Dunia


Harung air banjir cari mayat hanyut

Posted: 17 Dec 2011 11:56 AM PST

PENDUDUK mencari anggota keluarga  dipercayai dihanyutkan air selepas Taufan Washi melanda bandar Cagayan De Oro,   Mindanao, semalam. - Foto EPA

PENDUDUK mencari anggota keluarga dipercayai dihanyutkan air selepas Taufan Washi melanda bandar Cagayan De Oro, Mindanao, semalam. - Foto EPA

CAGAYAN DE ORO: Anggota pengawal pantai dan pasukan penyelamat Filipina semalam terpaksa mengharung air sehingga ke paras pinggang untuk mencari mangsa yang terselamat atau mayat yang mungkin dihanyutkan ke laut, apabila Taufan Washi melanda selatan negara itu semalam. – AP

Full content generated by Get Full RSS.

Iran tawan 7 pesawat intipan Amerika, Israel

Posted: 17 Dec 2011 11:40 AM PST

Dunia

SEBUAH pesawat intipan kawalan jauh Israel dilihat di markas tentera udara Palmachim.

SEBUAH pesawat intipan kawalan jauh Israel dilihat di markas tentera udara Palmachim.

Tehran rancang pamer peralatan pengintipan ciptaan dua seteru ketat kepada dunia

TEHRAN: Iran sudah menawan empat pesawat kawalan jauh Israel dan tiga milik Amerika Syarikat setakat ini dan merancang untuk mempamerkan peralatan pengintipan ciptaan dua musuh ketatnya pada masa depan.

Sumber memberitahu media di sini, pesawat rejim Zionis itu menceroboh ruang udara sempadan timurnya manakala pesawat Amerika menceroboh sebelah timur atau selatannya.

Tentera mereka (negara Barat) melakukan tindakan agresif dan kami menembak jatuh beberapa pesawat pengintip canggih mereka. - Amir Ali Hajizadeh, Pengawal Revolusi Iran

Malah, wartawan dan duta asing juga akan dibenarkan mengunjungi dan melihat sendiri pesawat berkenaan, lapor Tehran Times yang memetik laporan dari agensi berita Nasim.

Selain itu, bagi membuktikan keupayaannya mencipta pesawat pengintip, Iran juga akan menunjukkan kepada dunia pesawat ciptaannya di pameran yang sama.

Beberapa negara dilaporkan sudah meminta kebenaran Iran untuk memeriksa pesawat itu. Pesawat pengintip asing paling canggih ditawan oleh Iran
ialah RQ-170 Setinel milik Amerika. Kejayaan angkatan tentera Iran itu diumumkan pada 4 Disember lalu.
RQ-170 Sentinel digelar 'Beast of Kandahar' kerana banyak digunakan di kawasan utama Taliban di Afghanistan. Televisyen Iran menyiarkan pesawat berkenaan yang ditawan itu pada 8 Disember lalu.

Pesawat itu memasuki Iran dari timur Afghanistan. Sekalipun ditawan, Amerika akan terus menggunakan pesawat berkenaan dalam misinya di sempadan Iran-Afghanistan, kata Setiausaha Pertahanan Amerika, Leon Panetta ketika diwawancara Fox News, 13 Disember lalu.

Pada 2 Januari lalu, pemerintah tentera udara Pengawal Revolusi Iran, Brigadier Jeneral Amir Ali Hajizadeh, mengumumkan kejayaan tentera Iran menawan dua pesawat pengintip asing tetapi tidak memberitahu bila dan lokasi kejadian.

"Tentera mereka (negara Barat) melakukan tindakan agresif terhad terhadap Iran dan kami menembak jatuh beberapa pesawat pengintip canggih mereka. Kami tembak jatuh dua pesawat berkenaan.

"Kami sering bertempur dengan pesawat pengintip dan pemantau musuh," kata Hajizadeh ketika itu sambil memaklumkan pakar Iran sudah meniru dan menghasilkan pesawat seperti yang ditembak jatuh itu.

Pada Jun lalu, Hajizadeh mengumumkan bahawa pakar Russia sudah memeriksa dua pesawat pengintip itu milik Amerika. Katanya, pakar Russia juga meminta kebenaran Iran untuk memeriksa lokasi tempat ia ditembak jatuh. - Agensi

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan