Harian Metro: Global |
Posted: 13 Dec 2011 10:02 AM PST BANGKOK: Seorang wanita ditangkap kerana cuba menyeludup kokain seberat 1.5 kilogram dalam untaian rambutnya di Lapangan Terbang Suvarnabhumi, semalam. Warga Afrika Selatan, Nobanda Nolubabalo, 23, ditangkap di ibu negara Thai itu selepas polis menyedari bahan putih pada rambutnya. Pegawai kemudian menjalankan pemeriksaan dan mendapati dia menyelitkan dadah Kelas A itu ke dalam untaian rambutnya sebelum menaiki pesawat dari Brazil. Akhbar Bangkok Post melaporkan, kokain yang diseludup itu bernilai 4.5 juta baht (RM450,000).
Penangkapan warga Afrika Selatan itu menyusuli hukuman mati terhadap seorang warga negara itu di China baru-baru ini atas kesalahan menyeludup dadah. Janice Linden, 38, menjalani hukuman itu dengan suntikan maut selepas dia ditangkap pada November 2008 kerana cuba menyeludup tiga kilogram dadah jenis methamphetamin ke Guangzhou, bandar di selatan China. Presiden Afrika Selatan, Jacob Zuma merayu kepada kerajaan China supaya menarik balik hukuman itu sebelum Janice menjalani hukuman di penjara. Rayuan itu bagaimanapun ditolak oleh pihak berkuasa China. - Agensi Full content generated by Get Full RSS. |
Rambut ‘Cleopatra’ akan dilelong Posted: 13 Dec 2011 10:00 AM PST DALLAS: Barangan terpakai biasanya boleh dibeli dengan harga murah. Tetapi, rambut palsu ini, yang sudah diketahui kemasyhurannya, mungkin tidak begitu. Rambut palsu yang dipakai oleh Elizabeth Taylor dalam filem Cleopatra, antara yang terkenal dalam industri perfileman, akan dijual.
Ia dijangka mencapai harga 10,000 paun (RM50,000) apabila dilelong hari ini.
Selepas penggambaran siap, rambut palsu itu yang diperbuat daripada rambut manusia dan dihiasi dengan manik berwarna keemasan, disimpan oleh perekanya, Stanley Hall.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Global To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan