Harian Metro: Global |
Posted: 09 Dec 2011 07:09 AM PST KOLKATA: Kakitangan sebuah hospital di sini lari meninggalkan pesakit mereka untuk menyelamatkan diri awal pagi semalam apabila bangunan hospital terbakar, menyebabkan 89 orang mati, kebanyakannya akibat lemas. Ketika pasukan penyelamat berusaha memindahkan mangsa, polis memfailkan kes terhadap hospital di Kolkata, timur India itu kerana tidak mematuhi prosedur keselamatan. Pegawai kanan kerajaan berikrar untuk mendakwa hospital itu bertanggungjawab terhadap tragedi berkenaan dan mula bertindak untuk membatalkan lesennya.
Anggota bomba dengan mengguna tangga, memecahkan tingkap di tingkat atas Hospital AMRI untuk menyelamatkan pesakit yang terperangkap sementara anggota keluarga pesakit menangis di bawah.
"Dia sudah mati apabila saya tiba di hospital," kata suaminya, S Chakraborty.
Mangsa lain yang terbunuh ialah pesakit dan anggota keluarga pesakit yang membantu menjaga mereka.
|
2 terbunuh dalam keganasan terbaru di Virginia Tech Posted: 09 Dec 2011 07:04 AM PST WASHINGTON: Keganasan berulang di Virginia Tech semalam apabila dua orang ditembak mati, termasuk seorang anggota polis kampus. Pusat pendididikan itu menjadi tempat kejadian pembunuhan paling buruk di kawasan pusat pengajian dalam sejarah Amerika Syarikat pada 2007 apabila 32 orang ditembak mati, termasuk penyerang.
Apabila ditanya sama ada lelaki bersenjata terbabit masih bebas, jurucakap polis Virginia, Bob Carpentieri memberitahu wartawan: "Penyiasat yakin mereka sudah mengesan orang yang bertanggungjawab." Anggota polis yang terbunuh ialah anggota pasukan keselamatan Virginia Tech yang ditembak ketika pemeriksaan rutin jalan raya di tempat letak kereta berhampiran kemudahan sukan.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Global To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan