Berita Harian: Dunia |
13 terbunuh pesawat jatuh atas sekolah Posted: 10 Dec 2011 02:32 PM PST Dunia ANGGOTA Bomba dan Penyelamat menjalankan tugas di tempat nahas pesawat ringan terhempas di Manila, semalam. - Foto AFP MANILA: Sekurang-kurangnya 13 maut, termasuk dua kanak-kanak apabila sebuah pesawat ringan terhempas ke atas bangunan sebuah sekolah berhampiran ibu negara Filipina semalam selepas juruterbangnya memohon melakukan pendaratan kecemasan sejurus berlepas. "Pesawat malang itu terbakar selepas terhempas", kata Datuk Bandar Paranaque, Florencio Bernabe. Tiada kelas diadakan ketika kejadian tetapi pegawai masih menentukan berapa ramai mangsa di darat yang cedera atau terbunuh. Barnabe berkata pasukan bomba melaporkan pihaknya menemui mayat rentung maut termasuk juruterbang dan pembantunya. Bagaimanapun, kedua-dua mereka berada dalam pesawat.Inspektor Kanan Polis, Dennis Sirilan, berkata api merebak dengan cepat ke rumah setinggan berhampiran sekolah selepas pesawat dua enjin itu terhempas. Sirilan berkata, beliau melihat pesawat itu berlegar di udara sebelum terjunam ke atas Sekolah Rendah F Serrano, yang rosak teruk akibat kebakaran. Pasukan bomba lambat tiba di tempat kejadian berikutan keadaan jalan sempit. Kesan kebakaran masih dapat dilihat di kawasan itu selepas api berjaya dikawal tiga jam kemudian. Beliau berkata, sekurang-kurangnya 10 mangsa dibawa ke hospital, termasuk lima yang mengalami kebakaran teruk. Ketua Pihak Berkuasa Penerbangan Awam, Ramon Gutierrez, berkata pesawat Beechcraft Queen Air yang mempunyai enam hingga lapan tempat duduk itu melakukan panggilan kecemasan sejurus berlepas dari Manila ke Pulau Mindoro. Ia terhempas sebelum sempat pulang ke lapangan terbang. – AP Komen Anda Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.Senarai komenFull content generated by Get Full RSS. |
Posted: 10 Dec 2011 02:15 PM PST Dunia Tindakan berani bakal keruhkan lagi hubungan Washington, IslamabadPESHAWAR: Timbalan Komander Taliban Pakistan, yang melancarkan perang terhadap kerajaan selama empat tahun, mengesahkan kedua-dua pihak terbabit dalam rundingan damai, usaha yang dilihat bakal mengeruhkan lagi hubungan Amerika Syarikat dan Pakistan. "Rundingan kami berjalan lancar. Jika rundingan berjaya dan kami menandatangani perjanjian di Bajaur, kerajaan dan Taliban di kawasan lain seperti Swat, Mohmand, Orakzai dan Waziristan Selatan juga akan menandatangani perjanjian. Bajaur akan menjadi model kepada kawasan lain," kata komander Taliban Pakistan di Bajaur, dan tokoh nombor pergerakan itu secara keseluruhan, Maulvi Faqir Mohammad. Penghujung September lalu, kerajaan Pakistan berikrar memberikan peluang kepada keamanan dan berunding dengan militan di negara itu. Tiada komen yang diperoleh daripada kerajaan sama ada rundingan itu sedang dijalankan.Amerika Syarikat, sumber bantuan penting bernilai berbilion-bilion dolar kepada tentera dan ekonomi Pakistan, tidak menunjukkan rasa senang berhubung dengan dengan kumpulan Tehrik-e-Taliban Pakistan (TTP), yang disenaraikan sebagai kumpulan pengganas. Faqir berkata, kerajaan menyedari tindakan ketenteraan tidak akan membawa penyelesaian kepada konflik di Pakistan. "Kami tidak berhasrat memerangi tentera sendiri dan memusnahkan negara kami. Ada perkembangan dalam rundingan tetapi kerajaan perlu menunjukkan fleksibiliti dalam pendirian dan mengembalikan kepercayaan Taliban dengan membebaskan tahanan serta menghentikan tindakan ketenteraan ke atas mereka," katanya.
TTP, yang bersekutu dengan Taliban di Afghanistan memerangi tentera Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) diketuai Amerika, berkubu di sepanjang sempadan kedua-dua negara. Ia berikrar untuk menumbangkan kerajaan Pakistan selepas tentera memulakan operasi terhadap TPP. – Reuters
|
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan