Harian Metro: Global |
Wanita saman bekas kekasih tatu imej najis di belakang tubuh Posted: 30 Nov 2011 08:54 AM PST DAYTON (Amerika Syarikat): Seorang wanita yang berang menyaman bekas teman lelakinya selepas dia mentatu imej najis di belakang tubuh wanita itu. Rossie Brovent menuntut ganti rugi sebanyak 60,000 pound (RM300,000) daripada Ryan Fitzjerald.
Sebaliknya, dia mendapati tubuhnya ditatu dengan imej najis dengan dihurung beberapa lalat.
"Sebenarnya pada kebanyakan waktu saya pengsan dan ketika tersedar saya dapati imej buruk ini di belakang tubuh saya," katanya. Full content generated by Get Full RSS. |
Posted: 30 Nov 2011 08:52 AM PST MIAMI: Mangsa seorang doktor palsu, Oneal Ron Morris tampil untuk menunjukkan keadaan buruk wajahnya selepas disuntik dengan campuran toksik terdiri daripada simen dan penampal tayar. Rajee Narinesingh, 48, dari bandar raya ini berkata, wajahnya dirosakkan Morris, 30, yang baru dibebaskan dari tahanan selepas dia dituduh melakukan suntikan yang boleh membawa maut itu ke atas seorang lagi mangsa. Rajee yang seperti Morris dilahirkan sebagai lelaki tetapi hidup sebagai wanita berkata, dia mengalami benjolan di pipi, dagu yang tiada bentuk dan bibir atas yang tebal selepas mendapat rawatan kecantikan secara haram itu. Rajee mengakui pada awalnya dia berjumpa Morris kerana dia tiada wang untuk mendapatkan rawatan pakar bedah plastik berlesen. Menurutnya, dia mengetahui mengenai Morris melalui mulut ke mulut dalam komuniti pondan.
"Saya akhirnya terpaksa juga melakukan pembedahan plastik," katanya. Morris yang dibebaskan daripada tahanan lewat malam tadi selepas membayar ikat jamin AS$15,000 (RM48,000) enggan memberi sebarang ulasan ketika dia meninggalkan Penjara Miami Dade.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Global To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan