Rabu, 7 Disember 2011

Berita Harian: Dunia

Berita Harian: Dunia


Parti Ikhwanul Muslimin menang besar

Posted: 07 Dec 2011 03:13 PM PST

Dunia

SEBAHAGIAN petugas pilihan raya membuat kiraan undi di Kaherah, Mesir, semalam.

SEBAHAGIAN petugas pilihan raya membuat kiraan undi di Kaherah, Mesir, semalam.

KAHERAH: Parti politik pergerakan Ikhwanul Muslimin semalam berkata, mereka menang majoriti kerusi dalam pilihan raya kedua Mesir yang memberikan parti itu sekurang-kurangnya 40 peratus kerusi di Parlimen.

Parti Kebebasan dan Keadilan, dalam satu kenyataan berkata, mereka menang 36 daripada 56 kerusi yang diberikan kepada calon individu dalam undian yang tamat kelmarin.

Pergerakan Islam itu sudah pun menang hampir 37 peratus undi dalam pilihan raya pusingan awal yang memberikan kerusi menurut senarai parti. Sayap politik Ikhwanul Muslimin itu dan blok Islam lain setakat ini menguasai pilihan raya pertama sejak kejatuhan Hosni Mubarak Februari lalu, dengan parti liberal ketinggalan.

Parti Al-Nour berada di tempat kedua selepas Ikhwanul Muslimin, menang hampir satu perempat daripada undian dalam pemilihan bagi senarai parti lewat November lalu.

Jurucakap parti itu, Yousseri Hamed, memberitahu The Associated Press semalam, kumpulannya menang sekurang-kurangnya lima kerusi tambahan dalam pilihan raya pusingan kedua itu. Undian masih dikira.

Bagaimanapun, sebahagian calon Islam lain berdepan saingan hebat di Kaherah. Calon Parti Keadilan yang lebih liberal, Mostafa al-Naggar, berkata dia mengatasi calon Ikhwanul Muslimin dalam undian pusingan kedua itu.

Sementara itu, pergerakan Islam berkenaan berkata, salah seorang calon mereka mengalahkan calon kontroversi Al-Nour, Abdel-Monem el-Shahat, di Iskandariah.

El-Shahat mencetuskan kekecohan ketika kempen pengundian dengan berkata novel tulisan pemenang Hadiah Nobel Sastera Mesir, Naguib Mahfouz, yang dibaca secara meluas di sekolah di negara itu sebagai pelacuran.

Ikhwanul Muslimin dan kumpulan Islam lain sudah sekian lama menawarkan perkhidmatan sosial dan perubatan kepada berjuta-juta penduduk miskin Mesir, yang memberikan mereka sokongan politik.

Undian untuk 498 anggota Parlimen diadakan dalam tiga tahap, dengan dua pertiga daripada penduduk negara itu masih belum membuang undi.

Sementara itu, kerajaan sementara yang diterajui Perdana Menteri dilantik tentera dijangka mengangkat sumpah semalam.

Mereka cuma mentadbir Mesir sehingga undian untuk kedua-dua dewan di Parlimen diputuskan Mac ini.

Kamal el-Ganzouri dinamakan sebagai Perdana Manteri bulan lalu selepas pentadbiran sementara terdahulu meletak jawatan berikutan pertempuran ganas antara penunjuk perasaan dan polis.

Pelantikan el-Ganzouri sepatutnya memenuhi tuntutan penduduk awam yang mahukan kerajaan lebih berkuasa dan mampu berdepan dengan ketidakstabilan, ketegangan sosial dan krisis ekonomi yang melanda negara itu. AP

Full content generated by Get Full RSS.

Presiden Pakistan sakit jantung

Posted: 07 Dec 2011 03:13 PM PST

Dunia

ISLAMABAD: Presiden Pakistan, Asif Ali Zardari dilapor berlepas ke Dubai untuk pemeriksaan jantung selepas jatuh sakit, kata pegawai dan rakan semalam, mencetuskan khabar angin yang pemimpin itu mungkin berundur.

Jurucakap presiden bagaimanapun menafikan spekulasi itu.

Semua laporan itu tidak benar, khayalan dan spekulasi, kata Farhatullah Babar kepada AP. Doktor peribadi Zardari berkata, pemimpin itu berlepas ke Dubai semalam untuk pemeriksaan rutin berkaitan dengan masalah jantungnya.

Zardari ke London pada September untuk menjalani angiografi dan dilapor tiada masalah kesihatan.

Rakan rapat presiden berkata, beliau ketika ini tidak sihat tetapi tiada maklumat lanjut.

Keadaannya tidak mengancam nyawa, katanya yang enggan dikenali.
Babar yang mengikuti diagnosa presiden itu berkata, penyakit beliau tidak serius dan merbahaya.

Presiden akan kembali ke Pakistan, katanya.

Zardari berada dalam tekanan sejak duta pakistan ke Amerika syarikat dipaksa meletak jawatan selepas menghantar nota kepada Washington untuk meminta bantuan dalam mempertahankan ketenteraan. AP

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan