Utusan Online - Luar Negara |
Posted: Ibadah haji hampir selesaiRIBUAN jemaah haji melontar jamrah di Jamratul Aqabah sempena hari tasyrik di Mina, dekat Mekah, semalam. - REUTERS JEDDAH 8 Nov. - Hampir tiga juta jemaah haji melakukan tuntutan-tuntutan terakhir ibadah tersebut hari ini, sementara perhimpunan tahunan terbesar di dunia itu menghampiri penutupnya tanpa sebarang insiden tidak diingini. Jemaah meneruskan ibadah melontar jamrah dengan lancar buat hari ketiga hari ini, berlainan dengan tahun-tahun sebelum ini apabila ratusan orang mati terpijak dalam insiden rempuhan berpunca daripada jemaah yang cuba menghampiri tiang-tiang jamrah. Sebagai sebahagian wajib haji, jemaah perlu melontar tujuh batu kecil di Jamratul Aqabah pada 10 Zulhijjah dan di ketiga-tiga jamrah pada hari-hari tasyrik, iaitu 11 hingga 13 Zulhijjah. Jemaah kemudian balik ke Mekah untuk melakukan tawaf dan sai bagi menyempurnakan haji sebelum meninggalkan kota suci itu. Pihak berkuasa Arab Saudi telah membina laluan bertingkat di ketiga-tiga jamrah dalam usaha untuk mengelakkan kesesakan dan berulangnya insiden rempuhan yang menyebabkan kematian 364 jemaah pada 2006, 251 pada 2004 dan 1,426 pada 1990. Setakat ini tiada insiden besar dilaporkan di kalangan jemaah, yang menurut pejabat perangkaan Saudi berjumlah 2.93 juta pada tahun ini, termasuk 1.83 juta warga asing. Arab Saudi telah membelanjakan berbilion-bilion dolar sejak bertahun-tahun lalu untuk memastikan jemaah menunaikan rukun Islam kelima itu dengan selamat dan lancar. Monorail Mashair yang juga dikenali sebagai Metro Mekah, menghubungkan Mina, Muzdalifah dan Arafah, beroperasi buat kali pertama tahun ini dengan kapasiti penuh untuk membawa 72,000 penumpang setiap jam bagi mengurangkan kesesakan. Untuk kali pertama tahun ini juga, ibadah haji disiarkan secara langsung di laman web YouTube iaitu youtube.com/hajjlive dengan kerjasama kerajaan Saudi. Kementerian Hal-Ehwal Agama pula mengirimkan 3.25 juta mesej khidmat pesanan ringkas (SMS) setiap hari ke telefon mudah alih jemaah untuk memberitahu mereka mengenai prosedur yang betul dalam mengerjakan haji bagi 'mencegah perkara memudaratkan', kata pegawai kementerian, Sheikh Talal al-Uqail. - AFP Full content generated by Get Full RSS. |
Industri pelancongan Thai rugi RM2.4 bilion Posted: Industri pelancongan Thai rugi RM2.4 bilionSeorang wanita berjalan di atas pembahagi jalan di sebatang jalan yang dipenuhi air banjir di Bangkok, semalam. - AFP BANGKOK 8 Nov. - Industri pelancongan Thailand dianggar mengalami kerugian sehingga AS$825 juta (RM2.4 bilion) dan 'kehilangan' 300,000 pelawat asing jika banjir terburuk dalam tempoh lima dekad yang kini mengorbankan 527 nyawa berterusan sehingga bulan depan. Gabenor Lembaga Pelancongan Thailand (TAT), Suraphon Svetasreni berkata, anggaran itu meliputi AS$387 juta (RM1.1 bilion) dari sektor antarabangsa dan AS$438 juta (RM1.3 bilion) membabitkan pelancongan domestik. Bagaimanapun katanya, jika banjir dapat diatasi menjelang akhir bulan ini, kerugian dapat dikurangkan kepada AS$520 juta (RM1.5 bilion) dan ketibaan pelawat asing pula hanya menurun 220,000 orang. ''Dari 1 hingga 3 November lalu, jumlah ketibaan di Lapangan Terbang Suvarnabhumi hanya 72,000 orang iaitu penurunan 25 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas. ''Namun, terdapat faktor lain selain banjir yang menentukan jumlah ketibaan pelancong seperti ekonomi global dan harga bahan api," katanya. Beliau juga yakin ketibaan pelancong akan melonjak apabila banjir pulih. Industri pelancongan menyumbang kira-kira enam peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Sementara itu, Menteri Tenaga Thailand, Pichai Naripthaphan berkata, krisis banjir di Bangkok mungkin berterusan sehingga bulan depan. ''Pihak berkuasa juga telah mengeluarkan arahan kepada penduduk di utara Bangkok supaya berpindah manakala banjir kini menghampiri pusat bandar Bangkok,'' katanya. Perdana Menteri, Yingluck Shinawatra berkata, beliau tidak akan menghadiri sidang kemuncak Kerjasama Asia Pasifik (APEC) di Hawaii minggu ini ekoran krisis banjir di negaranya. ''Saya telah mengarahkan Timbalan Perdana Menteri, Kittirat Na-Ranong sebagai pengganti. Ini adalah masa untuk kita mengharungi krisis banjir secara bersama,'' katanya. - BERNAMA/AP/AFP Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Luar Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan