Kosmo Online - Dunia |
- Sarkozy panggil Netanyahu penipu
- Banjir di Bangkok diramal berlanjutan selama sebulan
- Dakwaan ketiga gangguan seksual Herman Cain
Sarkozy panggil Netanyahu penipu Posted: Sarkozy panggil Netanyahu penipu
PARIS - Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy memanggil Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu sebagai seorang penipu ketika berbual dengan Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama yang kemudian merungut terpaksa berdepan dengannya (Netanyahu) setiap hari. Perbualan itu berlaku sewaktu Persidangan G20 di Cannes, Perancis baru-baru ini. Kata-kata itu didengar oleh wartawan-wartawan selepas ia secara tidak sengaja disalurkan ke sistem yang digunakan untuk tujuan terjemahan, lapor laman web media, Arret sur Images. "Saya tidak boleh berjumpa dengannya (Netanyahu) lagi. Dia seorang penipu," kata Sarkozy dalam bahasa Perancis. "Anda mungkin sudah meluat dengannya, tetapi saya terpaksa berdepan dengannya setiap hari," balas Obama yang diterjemahkan ke dalam bahasa sama. Beberapa orang wartawan yang dihubungi AFP mengesahkan mereka mendengar perbualan tersebut. Laman web itu juga menyatakan bahawa sekumpulan wartawan mengambil keputusan untuk tidak melaporkan insiden itu kerana menyifatkannya sebagai perbualan sulit. - AFP Full content generated by Get Full RSS. | ||
Banjir di Bangkok diramal berlanjutan selama sebulan Posted: Banjir di Bangkok diramal berlanjutan selama sebulanBANGKOK - Menteri Tenaga Thailand, Pichai Naripthaphan menyatakan banjir yang melanda bandar raya ini akan berterusan selama sebulan lagi. Kenyataan tersebut dikeluarkan selepas pihak berkuasa menasihati penduduk di utara bandar raya ini supaya berpindah kelmarin ekoran banjir yang semakin menghampiri pusat bandar raya. Pichai bagaimanapun memberitahu, banjir dijangka beransur surut menjelang pertengahan bulan ini. Semalam, Perdana Menteri Yingluck Shinawatra mengumumkan bahawa beliau tidak akan menghadiri sidang kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) di Amerika Syarikat (AS) pada hujung minggu ini ekoran krisis banjir yang melanda ibu kota Thailand tersebut. "Inilah masa untuk semua rakyat Thai saling membantu, justeru saya memberitahu hos sidang berkenaan bahawa saya tidak dapat hadir," kata Yingluck. Walaupun kerajaan Thailand memberitahu bahawa bandar raya ini akan terselamat daripada banjir, keadaan sebaliknya berlaku apabila semakin banyak kawasan penduduk ditenggelami air pada setiap hari. Air bah kini 'mengepung' stesen-stesen kereta api di utara bandar raya ini dengan lokasi tersebut akan ditutup dalam masa beberapa hari lagi jika situasi menjadi semakin buruk. Setakat ini, penduduk di 12 daripada 50 daerah di Bangkok telah diarahkan berpindah. Penduduk di daerah Klong Sam Wa diarah supaya berpindah kelmarin. Banjir yang melanda bahagian utara Thailand sejak Julai lalu telah mengorbankan 527 orang setakat ini dengan kebanyakan mangsa maut akibat lemas. Kerugian akibat bencana alam tersebut pula dianggarkan mencecah berbilion-bilion dolar AS. - AP Full content generated by Get Full RSS. | ||
Dakwaan ketiga gangguan seksual Herman Cain Posted: Dakwaan ketiga gangguan seksual Herman Cain
NEW YORK, Amerika Syarikat (AS) - Bakal calon pilihan raya Presiden AS daripada Parti Republikan, Herman Cain kali pertama didakwa secara terbuka kelmarin oleh seorang wanita, Sharon Bialek yang menuduh beliau merabanya. Cain sebelum ini dilanda kontroversi selepas tiga wanita mendakwa telah dicabulnya. Bercakap pada satu sidang media di sini, Bialek menceritakan dengan terperinci bagaimana Cain memasukkan tangan ke dalam skirtnya ketika mereka berada di dalam kereta selepas keluar makan malam di Washington pada 1997. Diiringi pendakwa raya, Gloria Allred, wanita itu memberitahu, serangan seksual tersebut berlaku ketika dia meminta bantuan Cain selepas hilang pekerjaan di Persatuan Restoran Kebangsaan AS yang diterajui Cain. "Dia (Cain) tiba-tiba mendekati saya dan meletakkan tangannya ke dalam skirt dan cuba meraba kemaluan saya. Dia juga memegang kepala saya dan menarik kepala saya ke arah kemaluannya," kata Bialek. "Saya amat, amat terkejut dan tergamam. Saya berkata, anda sedang buat apa? Anda tahu bahawa saya mempunyai teman lelaki. Saya datang berjumpa anda bukan untuk ini (diraba). Cain menjawab: "Anda mahu saya membantu anda mendapatkan kerja bukan?" Dakwaan terkini itu boleh menjejaskan peluang Cain menentang bekas gabenor negeri Massachusetts, Mitt Romney bagi mewakili Parti Republikan untuk menentang Presiden Barack Obama dalam pilihan raya Presiden pada tahun depan. - AFP Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan